Monday, March 19, 2012



Apa nak jadi dengan budak-budak ni..kecik-kecik lagi dah hisap gam dan bergaduh..Jika kita lihat daripada saiz badan budak-budak dalam video ni, ternyata mereka masih lagi bersekolah..Apa perasaan ibu bapa mereka jika melihat perangai anak-anak mereka didalam video ini...Tentu rasa malu dan kecewa kan??

EP harap ibu bapa yang membaca blog EP dapat dapat jadikan video ini pengajaran yang baik..Ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan, ke mana dia pergi dan apa aktivitinya bersama kawan-kawan..Jangan percaya pada anak kita 100%..Al-maklumlah..budak-budak zaman sekarang ni dah makin cerdik...

Dan EP berharap pihak yang bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan, PDRM dan lain-lain lagi dapat mengambil tindakkan yang sewajarnya keatas budak-budak ini supaya mereka tidak hanyat lebih jauh lagi dengan gejala-gejala yang tidak berfaedah dan memudaratkan ini...



 

2 comments:

Anonymous said...

Salah siapa? Salah sistem... Sistem kehidupan yang kononnya "moden" hari ini membuatkan ibubapa gagal untuk mengawasi dan mengawal anak2 mereka. Nasihat penulis “Ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan, ke mana dia pergi dan apa aktivitinya bersama kawan-kawan” hanyalah tinggal ungkapan sahaja dan boleh dikategorikan sebagai postmodernism. Kalau kedua-dua parents sibuk dan penat bekerja, dimanakah ruangnya untuk tahu dengan siapa anak2 mereka berkawan? Jangankan memantau, ruang untuk berbual dengan mereka pun mungkin tiada. Demi untuk memenuhi keperluan syurga duniawi akhir zaman, ibu bapa bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki even bukan untuk senang pun, dlm certain kes hanya untuk mencari basic keperluan hidup. Sistem hutang yang berleluasa hari ini juga antara sebab parent tiada pilihan selain pergi bekerja sebab telah terikat dgn beban hutang. Sistem ‘bermegah-megah’ sesama manusia pada hari ini juga antara penyebab masyarakat Islam kita terjebak didalam hutang beriba untuk memiliki sesuatu yang belum mampu untuk dimiliki. Mungkin itulah sebabnya mengapa perkara pertama yang disebut Rasulullah didalam khutbah terakhir baginda adalah MENGHAPUSKAN RIBA. HUTANG BERIRIBA lah penyebab kesempitan, inflasi dan penindasan. Selain itu, ada jugak yang rezeki dah cukup, tapi suka enjoy dengan hiburan2 yg bermacam-macam jenis di dunia "moden" ini yang memang sedia terhidang didepan mata. Alasan pusat judi, pusat pelacuran, pusat urut, arak, disco, club dan arak adalah kerana menghormati hak keperluan bangsa lain. Memanglah betul, tetapi pelanggannya adalah orang Melayu jugak. Penguatkuasaan sgt lemah.
Persoalannya adakah pemimpin2 kita yang kaya raya diatas berasa kasihan atau bimbang apabila melihat video ini? Simple analogy, result peperiksaan bagi pelajar yang bimbangkan keputusan peperiksaan dengan yang tidak kisah dengan peperiksaan sememangnya berbeza. Malas nak kritik dan elaborate sebab boleh fikir sendiri. Mungkin ada yg kasihan mungkin ada yang tidak. Mungkin juga ada yang kasihan hanya masa menonton, tapi apabila keluar rumah atau pejabat, mereka akan sibuk dengan 'perkara2' yg kononya lebih penting untuk diuruskan. Kasihan hanya tinggal kasihan..masalah remaja bawah umur kat luar sana lebih ramai dan lebih teruk drpd video ni. Tahap yang didalam video ini bolehlah dikira macam iklan je. Realitinya ‘Potensi2’ kehebatan mereka ini akan lebih menyerlah dan dahsyat, tengoklah dlm tempoh 5 hingga 6 tahun akan datang sebab masa tu dah meningkat remaja/dewasa. Beginilah hasilnya apabila Sistem Kenegaraan Islam tidak dilaksanakan. Bagaimanakah dakwah akan subur di Malaysia sedangkan orang2 Islam kita sendiri ramai yang menjauhkan diri drpd Islam. Pembaca ada pelbagai jenis, yang senang, yang susah, yang di comfort zone, yang alim, yang tak alim, yang ada kepentingan, yang tak ada kepentingan, yang tak ambil kisah dan lain-lain, semua ada cara penilaian yg berbeza. Jadi salah siapa?? saya kata The System, anda? nilailah sendiri..

Anonymous said...

bodo jer^

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.