Wednesday, March 21, 2012


KUANTAN 21 Mac – Remaja perempuan yang ditemui dua hari selepas dia dikatakan diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lalu, akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia sebenarnya tidak diculik.

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.

Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak. - UTUSAN

**yang mana satu betul ni...culik ke atau lari bersama teman lelaki..bukan ke perbuatan ini telah menyusahkan banyak pihak...




17 comments:

Anonymous said...

bodohhh

Anonymous said...

btol2 menyusahkan mak bapak kau je la....

Anonymous said...

sumbat jer budak ni dalam jel selama sebulan..bangang!!! menyusahkan mak bapak dan orang ramai... aku yang bersimpati dengan dia sekeluarga pun naik meluat dengan perangai macam ni...kecik2 tak nak mampus!! dah besar menyusahkan orang!!!

~ nOrsyazana ~ said...

bengong punya org..xde otak ke..cian kt mak bapak yg dok buat aduan sana sini sbb anak hilang..dh galak sgt nk lari,toksah dok blk trus..klu aku jd mak dia,dh lama aku buang anak camni..mnyusahkannn..!!!

Anonymous said...

Kesian mak ayah kita yang susah hati kerana kita.. Tekanan tu sebenarnya berpunca drpd kita sbenarnya. Kita terlalu ikutkan hati, perasaan dan hasutan kawan2..INI BKN AUTA tp thesis yg saya dah lakukan 7 tahun dulu memang ada kebenarannya..kenapa kita jadi mcm ni??Kita baru 15 tahun da ada boyfriend.. bknkah waktu ini kita SEPATUTNYA berlumba2 nak kejar peluang untuk masuk IPTA/IPTS..??Teringat dulu mak dan ayah, terpaksa bergolok bergadai nk masukkan kita ke Universiti..kesian mereka kan..

Anonymous said...

Budak ni dah buat silap, nak buat macam mana ...

Kawinkanlah saja dgn kekasih hatinya supaya dia sentiasa tenang ...

Lain kali kalau dia hilang lagi, betul2 diculik orang sekali pun takkan ada siapa yg percaya lagi, lagi menyusahkan terutama mak bapaknya ...

Anonymous said...

budak tu satu hal la... yg dah suku abad tu umur 26 tahun mcm dah takde perempuan yg sesuai dgn umur nak kamu jadikan awek. umur 15 dgn 26! pls la budak tu blh jadi adik... x kesahlah apa pun alasan. logik ke kamu yg dh umur 26 thn bwk budak blk rumah... mak bapak lelaki tu pun satu hal... ni kalau selidik semula ni mmg jenis selamba buat tak kesah je dlm urusan hidup. seluar dalam pun mak bapak yg masih belikan ada hati nk bercouple dan buat mak bapak susah hati. fikir kau punya susah hati je sb CINTA BODOH. patut anak2 mcm ni hidup masa zaman aku dulu kecik2 sebaya ni, baru tau langit tinggi rendah. mak bapak skrg ni pun satu hal juga...

Anonymous said...

Hantar je dia ke pusat membaiki akhlak...culik dan melarikan pula wajar di letakkan kepada teman lelakinya memandangkan budak nie masih di bawah umor.

inazamri said...

akak pun ada anak remaja usia 15 thn girl.Aritu mmg simpati n sedih atas ape yg menimpa beliau.Bila baca kes hari ni sbb ikut bf..buat akak jd panas ati.Ape la yg tertekan sgt budak tu.Menyusahkan rakyat n kerajaan malaysia betul la dia tu.geram tul

Anonymous said...

hei babon tul la budak pompuan ni nyuskan orang je

Anonymous said...

duk ngan mak bapak, dia kata tekanan mental!!, duk ngan boyfriend dia kata aman tenteram.... dia tak sedar diri dia tu umur berapa!!! skali dah kena tenet n termengandung baru dia tau tekanan mental!!!..susah2 jer bagi dia masuk pusat tekanan mental jer baru dia tau...HAMPEH..satu Malaysia risau!

Anonymous said...

GATAL NAK BERLAKI..TAPI MENYUSAHKAN KELUARGA DAN ORANG RAMAI..CHOOOOOIIIIIIIII

Anonymous said...

kena check masih virgin ke tak..

Anonymous said...

Ni semua nak ikut ostad Badrul lah ni. Budak pompuan tu memang dah gatal.Yg jantan tu pandai ambik peluang

Anonymous said...

haramjadah punye anak! kang perot membuncit menyesal tak sudah....!

Anonymous said...

Aku ada anak pompuan umur 16 tahun. Aku kesian dgn mak dia. Aku tau perasaan dia. Betapa hancurnya hati mak bapak dia kalu dia dah wat perkara x senonoh. Dak jantan tu tangkap je. Harapkan umur aje 26 tapi otak kat kepala lutut. Macam polis x de keje lain. Bingai betul.

Anonymous said...

sebagai ibubapa kita kena pantau dgan sapa dia berkaWAN....bila dh jadi cmni kita ibubapa jugak yg susah....didikan agama tu penting.....biar dia tau sikit mana baik mana buruk....sekarg dh menyusahkan banyak pihak.....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.