Saturday, March 10, 2012


Hasrat PKR untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen dikecam pimpinan Pas termasuk Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."

Menurutnya, parti itu perlu sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu.


“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.


Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.


“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya.


Azman Shapawi berkata, PKR tidak sepatutnya menyatakan hasrat mereka sewenang-wenangnya, sebaliknya ia perlu merujuk kepada Pas terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman di negeri ini...

**Kalau sekarang pun dah berebut..bayangkan apa akan jadi kalau mereka dapat menawan Putrajaya

5 comments:

Anonymous said...

Kan sudah terang lagi bersuluh, kesemua kerusi parlimen dan negeri akan dibolot oleh PKR sekurang-kurangnya 75% dan selebihnya kepada DAP 20% dan 15% kepada PAS. Kalau tak percaya tunggu dan lihat. Sekarang pun PKR sudah menampakkan ketamakannya dalam menguasai setiap ruang kerana berpendapat Putrajaya semakin hari semakin dekat untuk dikuasai maka dengan itulah si Punaisihat ke hulu ke hilir menjaja fitnah rekayasa yang jijik dengan menghentam kerajaan pimpinan DS Najib. Anwar ibarat seekor ayam, ke sana sini berkokok tanpa disedari ekornya bergelumang dengan tahi. Dia ingat semua orang boleh dikelentongnya. Orang hadir nak tengok sejauh mana dia jual ubat dan temberangnya.

Anonymous said...

Kan sudah terang lagi bersuluh, kesemua kerusi parlimen dan negeri akan dibolot oleh PKR sekurang-kurangnya 65% dan selebihnya kepada DAP 20% dan 15% kepada PAS. Kalau tak percaya tunggu dan lihat. Sekarang pun PKR sudah menampakkan ketamakannya dalam menguasai setiap ruang kerana berpendapat Putrajaya semakin hari semakin dekat untuk dikuasai maka dengan itulah si Punaisihat ke hulu ke hilir menjaja fitnah rekayasa yang jijik dengan menghentam kerajaan pimpinan DS Najib. Anwar ibarat seekor ayam, ke sana sini berkokok tanpa disedari ekornya bergelumang dengan tahi. Dia ingat semua orang boleh dikelentongnya. Orang hadir nak tengok sejauh mana dia jual ubat dan temberangnya.

PenganutPAS said...

Bodoh punya PAS ... kasi lah PKR bertanding di kerusi yang mereka mintak tu . PAS bukan nya banyak duit macam PKR pun . PAS angkat komisyen sudah lahhh .....hahhahh

Anonymous said...

kalau pas nak banyak duit macam pkr buatlah baik dengan israil.

Anonymous said...

bagus pas bagi je pkr tu banyak kerusi kalau kurang tambah kerusi roda da tau pkr da nak kelongkang sama2 la kau wahai pas kelongkang

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.