Monday, March 26, 2012


Kes penculikan palsu Siti Nor Fatihah Mahadi, 15, dari Taman Tas Kuantan yang meraih simpati ramai pada 19 Mac lalu kembali panas apabila dia mendakwa dirogol teman lelakinya ketika dilarikan ke Nenasi Pekan.

Ketua Polis Daerah, Superinten-dan Yahaya Othman berkata, pihaknya dimaklumkan Fatihah hadir membuat laporan polis beberapa hari lalu mengenai dakwaan dirogol teman lelakinya berusia 26 tahun.

Menurutnya, kes itu bersabit di IPD daerah ini apabila Fatihah ditemui di sebuah rumah di Nenasi, sebelum dibawa polis ke IPD Kuantan dan diletak bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan.

“Selepas menerima laporan, pakar perubatan yang memeriksa keadaan Fatihah menge­sahkan tiada kesan atau tanda dia dirogol.

“Pihak polis tidak membuat sebarang tindakan ke atas teman lelakinya dan menganggap laporan itu sebagai palsu yang sengaja direka dengan tujuan peribadi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Hari Polis Ke-205 di Dataran Pekan.

Yahaya berkata, sesiapa sahaja didapati membuat laporan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan laporan yang hendak dibuat terutama melibatkan penipuan kerana pihak berkuasa tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan itu,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Siti Nur Fatihah hilang dipercayai diculik ketika keluar bersama dua adiknya membeli kad tambah nilai prabayar di sebuah kedai telekomunikasi berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan.

Bagaimanapun pada 22 Mac lalu, remaja itu akhirnya mengaku dia tidak diculik, tetapi dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya di Kampung Merchong, Pekan.  -Sinar

9 comments:

Anonymous said...

apa jadi kepada laporan polis Anwar berhubung dengan video seks beliau tu? tunggu lepas PRU nanti ya?

Anonymous said...

polis dah sahkan video to 99.9% mirip Anwar tapi nak buat macam mana..itu bukan saya..katanya laa...

Anonymous said...

alahai, buat ape ler nak layan sangat bebudak gatai biji macam ni. itu la, lain kali masa bebudak tu baru nak gatai2 kene ambik "action" la sikit, jgn buatbuat tak kisah jer... dah jadi macam ni baru nak kelam kabut...biarkan saja lah....

buwekk said...

budak tu teringan nak kena toron.gatai sungguh betina skrg

Anonymous said...

jgn salahkan org lain,salahkan diri sendiri....sendiri gatal2 nak ikut jantan tu watpa....pulak tu siap berlakon depan adik2 dia kononya kena culik....betina macam ni elok ditembak jea....!menyusahkan polis jea nak siasat....

Anonymous said...

buat laporan polis kat AG yg sengaja lambat2 kan dakwaan laporan anwar tu samada palsu ke tak...klu palsu capat2 la dakwa... klu tak palsu tolong cepat2 annaounce kat public


kasih awan

Jari Novella said...

Jujur macam sial :) sekian...

Anonymous said...

kalau tersangat memihak kepada anak inilah jadinya......dapat la...cucu haram....

Anonymous said...

kalau kena rogol pun patut, pandai tak boleh diikut bodoh tak boleh diajar. inilah dia sikap segelintir anak melayu sekarang.....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.