Friday, March 9, 2012

Nampaknya pendirian Nik Aziz untuk membubarkan DUN serentak dengan Parlimen di Negeri Kelantan pastinya akan mencetuskan rasa tidak puas hati rakan rakan didalam pakatan haram. Guan Eng baru je cakap nak buat mesyuarat hari Selasa ini nak bincangkan pendirian pakatan..tiba tiba Nik Aziz dah buat kenyataan sebelum mesyuarat putuskan keputusannya...

Tahniah buat Nik Aziz kerana berani menyatakan pendirian PAS tanpa dipengaruhi oleh DAP atau PKR tetapi EP tak pasti lama mana keputusan ini dapat bertahan. Jangan terkejut jika selepas ini Setiausaha PAS pusat akan kata ini pandangan peribadi Tok Guru. Apa pun keputusannya akan dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi pakatan yang akan diadakan pada hari Selasa ini...



KOTA BHARU - Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, Kelantan menegaskan tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen meskipun tidak mendapat persetujuan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pilihan raya asing tidak memberi manfaat politik yang besar kepada Kelantan selain menyumbang kepada pembaziran tenaga kerja.

“Biar apa pun keputusan dari Pakatan Rakyat, kita tetap melaksanakan pilihan raya bersama Pusat, kalau mereka (PR) nak bermesyuarat, itu terpulang,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu pagi ini.

Mursyidul Am Pas berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng  semalam, yang menjelaskan bahawa pemimpin tertinggi PR akan membuat satu ketetapan Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum dipanggil.

Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.Sejak memimpin kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sejak 1990, Nik Abdul Aziz telah membubarkan Dun serentak dengan pembubaran Parlimen.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.