SUDAH...NAJIB SETUJU PULA NAK BERDEBAT DENGAN ANWAR...??


Bab jual nama dan bagi alasan tidak masuk akal, itu memang kerja Anwarlah.  Siapa yang cerdik, akan sedar tentang hakikat itu.  Penulis kata siapa cerdik, dan macai serta balaci Pas tidak termasuklah dalam kategori itu.
Maka itulah gamaknya, mereka dengan cepat melupakan tuduhan Raja Petra Kamarudin (RPK) bahawa peliwat tua tersebut menggunakan pengaruhnya supaya RPK dihalang dari menyertai debat yang diadakan di Kent, England pada Sabtu lepas bersama-sama dengan pengasas Wikileaks, Julian Assenge.
Walhalnya melalui sidang video saja pun, bukan mata bertentang mata.
Sementara isu yang di atas itu terbiar tidak terjawab, Anwar bangkit isu baru pulak tapi masih dalam kaitan yang sama.  Katanya dia bersetuju supaya debat dengan RPK itu diteruskan tapi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pula.
Katanya ‘Assenge minta” supaya debat itu diadakan dan dia bersetuju.  Jual nama lagi, betul ke Assenge minta, ke Anwar reka sendiri?  Kita dah terkena dulu, kononnya Hamas, Fatah sokong komitmennya untuk melindungi Israel, sehingga akhirnya semua itu terbukti bohong semata-mata.
Takkan bodoh benar kita nak terkena sekali lagi.
Baiklah, kita bersangka baiklah, anggap saja betullah kata Anwar tu yang Assengge minta supaya debat tersebut diadakan.  Penulis boleh faham motifnya tapi macam mana pulak tiba-tiba nama Perdana Menteri tersangkut dalam hal ini, itu yang bingung sikit tu.
Dari segi motif, kenapa Anwar mintak Najib sekali hadir dalam debat dengan RPK itu jelas.  Anwar nak jatuhkan kredebiliti RPK dengan mengaitkan pembohongannya mengenai Najib dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantunya pada bila-bila masa dalam debat itu nanti, terutama bila rasa dirinya terdesak.
Itulah motif sebenar Anwar, nak divert supaya orang tak nampak kelemahannya, lantaran dari pelbagai isu sensitif yang sebelum ini hanya diketahui oleh inner circle PKR (termasuk RPK) yang tidak diketahui umum tapi mungkin dibangkitkan RPK dalam debat itu nanti.
Itu sahaja motifnya, selain ambil peluang jatuhkan imej Perdana Menteri dalam apa keadaan yang dia rasa boleh lakukan.
Kelihatannya, tak habis-habis nak menambah dosa fitnah yang sekian bertempek di bahu-bahu macai-macainya yang percaya dengan pembohongan mengenai pembunuhan tersebut.
Kita dok bercakap sekarang Anwar berdebat dengan RPK, sama-samalah 2 ekor itu, bekas banduan debat dengan bekas banduan.  Di mana pulak di antara ini Najib terlibat di tengah-tengah?
Apa tarafnya Najib nak debat dengan Anwar, sudahlah bekas penjenayah, kaki melanggan melacur (ada video) dan gemar meliwat pula (Mahkamah kata, bukan penulis kata).
Pendek kata ni, Anwar adalah insan busuk, jijik dan memualkan.  Duduk dekat-dekat pun suwey tau, lagi mau debat dengan dia.
Penulis nasihat macam inilah.  Lebih baik Anwar teruskan debat dengan RPK itu kalau dia berani.  Kenapa pula Perdana Menteri nak dilibatkan?  Najib tidak ada kena mengena dengan ini gambar.
Penulis percaya, tujuan Wikileaks mengadakan debat Anwar dengan RPK ialah untuk mengupas isu pembunuhan Altantunya yang difitnahkan RPK dan Anwar mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri.
Walaupun banyak bukti dan pengakuan yang menunjukkan Perdana Menteri tidak terlibat, tapi pada Wikileaks ada unsur-unsur lain yang boleh diperolehi untuk kepentingannya dalam hal ini.
Dah nama pun Wikileaks, dia bukan berminat dengan kebenaran, dia berminat dengan pendedahan sensasi.
mykmu.net

SUDAH...NAJIB SETUJU PULA NAK BERDEBAT DENGAN ANWAR...?? SUDAH...NAJIB SETUJU PULA NAK BERDEBAT DENGAN ANWAR...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:51 PM Rating: 5

2 comments:

  1. kecewa tul anon atas nie.....kekekekek......tak tercapaikah anuti kebobrokkan nuar?.....kecewalah cita-cita songsang mu itu...huahuahua...... tak kunjung tiba

    ReplyDelete
  2. macam cerpen nukilan kak ros pulak bila baca,kamu ni memang otak lembu lah bloger bansat cakap je daripada ketua sampai ke belaci macam kamu ni takda telor habis ceta,jangan lah nak buat ceta kembang semangkok pulak bangsat sunggoh umgok ni

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.