Monday, March 19, 2012

SIAPA PULA KACANG YANG LUPAKAN KULIT...



EP rasa tindakan Tan Sri Kadir untuk keluar dari UMNO setelah didesak merupakan satu tindakan yang wajar...buat apa duduk dalam UMNO jika mempunyai niat untuk menjatuhkan UMNO..Sebagai seorang pemimpin veteren UMNO yang banyak terhutang budi dengan UMNO (maksud EP dari segi kemewahan dan kekayaan yang dikecapi sekarang)...Tan Sri Kadir sepatutnya membantu UMNO untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap parti..
Pengalaman yang diperolehi semasa memengang jawatan penting dalam UMNO dan juga kerajaan sepatutnya digunakan sebaiknya untuk membantu UMNO dan menjayakan transformasi yang sedang berjalan...tetapi malangnya sebaliknya yang berlaku...madu yang diberi selama ini akhirnya dibalas dengan tuba..
Ada yang mendakwa Tan Sri Kadir bertindak sedemikian disebabkan perjalanan parti yang dipimpin oleh Najib yang dirasakannya tidak betul dan sudah jauh menyimpang daripada perjuangan asal dahulu..Boleh percaya ke ni? Tepuk dada tanya lah selera..dan kita kena tahu selera Tan Sri Kadir besar mana? 
**Kalau makanan yang dihidangan tak cukup menyelerakan atau tak kena dengan citara selera...mahu tak bising...Lepas tu ada orang lain pula janji nak hidang hidangan yang lebih besar dan lebih menyelerakan...mahu tak melompat...

Jom kita baca apa kata Ketua Pemuda Bahagian Seputih, Saudara Razlan mengenai isu ini :-

Semalam YM Dato Tengku Adnan Tengku Mansor menyarankan Kadir untuk melepaskan jawatan sekiranya sudah tidak mahu lagi menjadi Pemimpin UMNO.

Sebelum ini juga saya ada menulis bahawa Kadiaq ibarat duri dalam daging didalam UMNO.

"Jadilah seorang yang berprinsip dan berpegang pada Pejuangan, perkuatkan parti bukan melemahkan parti"

Kadir Shiekh Fadil merupakan bekas menteri dalam kerajaan BN pada satu ketika dulu.

Dalam kenyataan beliau, UMNO telah mengamalkan siatem beli undi yang dinamakan BOM.

Beliau juga menyatakan di Australia dan di Amerika pertukaran kerajaan adalah perkara biasa.

Saya nak ingatkan kepada beliau agar jangan jadi duri dalam daging dalam UMNO. Saya nasihatkan beliau untuk cermin diri dan jangan mencemuh UMNO yang sekian lama kamu dokongi sebagai pejuang UMNO.

Jangan ingat kita tak tahu apa perancangan Amanah diwujudkan dan kenapa kamu mengambil pemimpin BN yang pencen untuk duduk dalam ngo anda.

Kalau saya yang kurang pengalaman dalam UMNO pun boleh bezakan apa akibat tukar kerajaan sekiranya nak dibandingkan dengan Austtalia ataupun US mana nak letak muka kamu sebagai so call pejuang UMNO.

Sudahlah, kalau kita sudah tidak mahu bersama dengan perjuangan Dato Seri Najib, kamu istiharlah keluar UMNO, be a gentleman, mari kita berdepan secara terang dan jangan seperti seorang penakut yang berlawan secara tak nampak.

Berhentilah! 
Hari ini, satu lagi duri yang sekian lama terlekat pada UMNO sudah tercabut, hilangnya duri ini akan menyembuhkan luka dalam yang sering menganggu UMNO untuk terus menuju kemenangan pada PRU akan datang.

Saya cukup hormat kepada Tan Seri Isa Samad, Tan Seri Muhammad Taib dan Tan Seri Rahim Tamby Chick dan  juga pemimpin-pemimpin lama yang masih teguh membela Melayu atas nama UMNO walaupun satu ketika dahulu diketepikan oleh kepimpinan UMNO dalam menjawat jawatan MENTERI.

Ternyata Pemimpin seperti Tan Seri Isa dan Muhammad Taib serta Rahim Tamby Chick mempunya daya juang dan semangat sayang kepada UMNO lebih tinggi sekira nak dibanding dengan Kadiq Sheikh Fadzir.

Setiap Parti mempunyai rahsia untuk menang di Pilihan Raya, cara kerja, cara kempen dan cara promosi yang berbeza-beza dan ini merupakan rahsia sesebuah parti. Cuma mereka yang menjawat jawatan tertentu sahaja akan mengetahui rahsia ini.

Tindakan Kadiaq yang sering menbuka rahsia walaupun ada rahsia itu tidak benar menunjukkan beliau merupakan seorang pengkhianat kepada parti UMNO.

Kadir serupa macam kulit bawang semangatnya, sedikir terusik habis dibuka rahsia dan menikam Parti yang sudah memberi beliau makan selama ini, belum sempat membalas budi UMNO yang menjadikan beliau Menteri dan Pemimpin Parti.. beliau sudah menikam Ahli UMNO dengan pelbagai pendedahan rahsia parti.

Ternyata UMNO tidak memerlukan pemimpin seperti ini, dan kepada sesiapa sahaja yang mahu mengkhianati kepimpinan UMNO dengan membuka rahsia Parti secara terbuka, eloklah keluar parti daripada menjadi duri dalam daging dalam perjuangan Melayu. Suara Razlan

2 comments:

Anonymous said...

Biarlah dia keluar ada ta untung,tiada pun xrugi,biarkan luncai terjun dengan labu2nya.Bukan pejuang sejati namanya,bila x dapat jawatan melenting.Sebagai pemimpin kita perlu sedar akan tiba masanya kita x mendapat jawatan,itulah hakikat,tapi sebagai bekas pemimpin yang menghayati perjuangan parti sokongan kepada perjuangan perlu diteruskan.TAHNIAH KEPADA BEKAS PEMIMPIN UMNO YANG SETIA KEPADA PERJUANGAN..anda pejuang sejati.

Anonymous said...

setuju dengan saudara razlan

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.