SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN DALAM ISU POLIS BALING HELMET PADA MAT REMPIT??


Apa akan jadi sekiranya :-

Persoalan pertama : Polis tak baling helmet,biarkan mat rempit terlepas begitu saja kerana moto yang dipandunya agak laju...Adakah lepas ni bila mat rempit nampak polis akan memperlahankan motosikalnya??

Persoalan kedua : Polis tak baling helmet tapi guna tangan untuk tahan..jika polis tersebut dilanggar oleh mat rempit tersebut kerana nak melepaskan diri..macam mana..apa tindakan orang kampung tersebut??


Insiden orang kampung secara beramai-ramai menyerbu dan membuat kecoh di Balai Polis Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini benar-benar menganggu emosi dan fikiran seluruh rakyat Malaysia kerana ia membawa satu teladan yang tidak baik malah berbahaya kepada keamanan negara.

Biar saya katakan mengapa.

Pertama, ia seolah-olah menunjukkan bahawa ibu bapa dan orang kampung lebih terdorong untuk mempertahankan tindak tanduk anak-anak mereka yang merempit daripada memikirkan soal keselamatan mereka.

Kedua, tindakan tersebut seperti menghantar isyarat yang tidak betul kepada seluruh negara bahawa anarki boleh berlaku di mana-mana sahaja walaupun ke atas balai polis serta penguatkuasa undang-undang.

Sementara kita semua tidak setuju (jika benar) dengan cara dua orang anggota polis itu cuba menahan remaja-remaja berkenaan daripada merempit iaitu dengan membaling helmet ke arah mereka sehingga dikatakan menjadi punca mereka terjatuh tetapi pada masa yng sama negara ini tidak juga boleh membenarkan orang awam mengambil hukuman di tangan sendiri.

Oleh yang demikian, tindakan polis menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan mereka sendiri berikutan insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang itu kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit adalah satu tindakan yang tepat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.

Orang kampung yang tidak berpuashati sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk mengadu. Mereka mempunyai ketua kampung dan juga wakil rakyat untuk diketengahkan isu ini agar ia boleh dibawa ke pengetahuan pihak atasan. Bukan dengan menyerbu dan membuat kacau serta kerosakan di balai polis.

Malah tindakan mereka itu hanya akan menjejaskan perkhidmatan anggota keselamatan untuk mengawal keselamatan kampung dan juga daerah mereka daripada sebarang ancaman jenayah dan juga keselamatan.

Masalah besar yang berhadapan dengan sebahagian besar rakyat Malaysia ialah kita kekurangan daya sabar. Dan ini tidak baik untuk masa depan masyarakat dan juga negara kita. - MStar


SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN DALAM ISU POLIS BALING HELMET PADA MAT REMPIT?? SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN  DALAM ISU POLIS BALING HELMET PADA MAT REMPIT?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:07 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Polis kena tegas dalam hal ni..jangan lembik.

    Tindakan perlu diambil pada anggota polis tersebut jika bersalah DAN juga penduduk yang merusuh. Pertahankan undang-undang

    Kalau tak selamanya aku kata polis lembik....!

    ReplyDelete
  2. pentadbiran balai perlu di kaji semula....bertapa rendah nilai pandangan balai di mata orang kampong tu sampai tak takot menyerang balai...balai tempat berlindung keselamatan tapi da jadi tak selamat..kaji semula kelemahan pentadbiran..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.