SHAT : TIAP-TIAP MALAM TAUKE CINA HANTAR DUIT PADA PHAHROLRAZI?...KATA MB KEDAH??


Baca pendedahan yang dibuat oleh portal milik pakatan haram...
DALAM mesyuarat yang diadakan pada Ahad di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah untuk menyelesaikan konflik kepimpinan negeri tersebut, Datuk Seri Azizan Razak dilaporkan telah mengugut untuk mendedahkan nama ‘taukeh cina’ yang diketahui rapat dengan Datuk Phahrolrazi dan menghantar wang ke rumahnya hampir setiap malam.

Ini adalah sebagai balasan atas pelbagai projek dalam negeri Kedah yang kononnya telah diserahkan Phahrolrazi kepada individu tersebut.

Bagi EP ini merupakan tuduhan yang serius kerana ia berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dan orang yang membuat tuduhan tersebut ialah Menteri Besar Kedah sendiri!! Mungkin Azizan hanya berani bercakap didalam mesyuarat sahaja..Sebabnya nak jaga nama baik PAS.

Azizan sepatutnya melaporkan hal ini kepada SPRM. Jika benar apa yang didakwa.... Tindakan Azizan itu telah membuktikan beliau seorang MB yang berprinsip, amanah dan bertanggungjawab..Salah tetap salah..walaupun ianya melibatkan rakan parti. Adakah Azizan berani untuk melaporkan perkara ini kepada SPRM??


SHAT : TIAP-TIAP MALAM TAUKE CINA HANTAR DUIT PADA PHAHROLRAZI?...KATA MB KEDAH?? SHAT : TIAP-TIAP MALAM TAUKE CINA HANTAR DUIT PADA PHAHROLRAZI?...KATA MB KEDAH?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:31 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.