SELEPAS MENJADI SYURGA CHINADOLL, KINI PULAU PINANG ADA DAYA TARIKAN BARU...


Polis menahan tujuh lelaki dalam serbuan serentak di empat premis yang menjalankan kegiatan judi berkomputer tanpa lesen di Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi dekat sini semalam.

”Ops Dadu” yang diketuai Cif Insp. Mohd Rozi Aziz itu bermula pukul 5.30 petang dan berakhir sejam setengah kemudian melibatkan empat pegawai dan 20 anggota Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Jurucakap polis berkata kesemua premis terbabit telah lima kali diserbu dalam tempoh tiga bulan tahun ini namun tidak serik.

"Masing-masing yang ditahan ialah empat penjaga premis berusia 30 hingga 50 tahun dan tiga pemain judi berusia 20 hingga 40 tahun,” katanya kepada pemberita di sini.

Polis turut menyita 48 unit komputer yang telah diubah suai bernilai hampir RM150,000.

Katanya kesemua premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya membenarkan pelanggan yang dikenali sahaja berjudi di situ.

Jurucakap itu berkata setiap premis yang beroperasi tanpa lesen tersebut mampu mengaut keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit sebulan.

"Secara purata seorang pelanggan membelanjakan antara RM300 hingga RM500 setiap hari untuk bermain judi secara dalam talian di situ,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan pemilik premis boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Pemain judi pula akan didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak melebihi RM5,000.

— BERNAMA
SELEPAS MENJADI SYURGA CHINADOLL, KINI PULAU PINANG ADA DAYA TARIKAN BARU... SELEPAS MENJADI SYURGA CHINADOLL, KINI PULAU PINANG ADA DAYA TARIKAN BARU... Reviewed by Empayar Pemuda on 9:17 AM Rating: 5

2 comments:

  1. Malaysia is suppose to be an islamic country, all sorts of gambling should be banned!

    ReplyDelete
  2. apa kena mengena bertia ni dgn gambar separuh bogel kat atas tu??? bodoh dan bangang punya manusia. kau ni (blogger blog ni) kalau sehari tak melucah tak senang duduk agaknya. tahniah kerana telah berjaya membuktikan yg kau ni anak didik umno keluaran Universiti Lucah Umno. inilah mentaliti puak2 bangkai umno. lucah dan porno adalah makanan harian mereka. trend umno masakini....memfitnah org dengan isu2 lucah

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.