PELIK LAPORAN NI?? WANITA ARAB SUKA DATANG KE MALAYSIA UNTUK MELACUR??


Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat.

Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.

"Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud.

"Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati. Sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini baru-baru ini.

Menurut Abdul Jalil, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.

Beliau berkata, mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini.

Katanya, di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.

"Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan," ujarnya.

Abdul Jalil berkata, bayaran dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.

Katanya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan pelacur dari negara Asia Barat dibuat pada 19 Januari lalu melibatkan 19 gadis Syria, dua Iran dan seorang Yemen.

"Minggu lalu, kita memberkas 30 lagi pelacur asing di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail. Dalam serbuan ini, selain gadis Uzbekistan, kita menemui pelacur dari Iran dan Maghribi.

"Pemeriksaan mendapati mereka memiliki pas pelajar tetapi menyalahgunakan untuk melacur," katanya.

**Nampak tak apa yang EP nampak..??Mungkin tersalah lapor kot?? Bukan ke di Malaysia pun haram??..
PELIK LAPORAN NI?? WANITA ARAB SUKA DATANG KE MALAYSIA UNTUK MELACUR?? PELIK LAPORAN NI?? WANITA ARAB SUKA DATANG KE MALAYSIA UNTUK MELACUR?? Reviewed by Empayar Pemuda on 6:05 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Pelacuran itu sendiri tak haram di Malaysia di bawah undang-undang sivil. Tetapi apabila pelacur cuba menawarkan khidmat seks pada org awam baru salah atau wujud rumah pelacuran/bapa-ibu ayam yang mengawal pelacur baru boleh diambil tindakan di dalam undang2 Malaysia...Bagaimanapun undang2 syariah di negeri2 jelas diharamkan...oleh itu sekiranya pelacur dan pelanggan bukan islam biasanya akan terlepas dari hukuman sekiranya serbuan dijalankan.. pelacur2 luar negara biasanya akan dihukum dibawah akta imegresen, dadah atau sebagainya, pelanggan bukan islam akan diambil keterangan sebelum dilepaskan.....hanya pelacur dan pelanggan dari org islam shj yg akan betul2 dihukum di mahkamah syariah kerana pelacuran... cek sini http://chartsbin.com/view/snb Malaysia dikategorikan sebagai negara yg mempunyai restricted legality...

    ReplyDelete
  2. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.