PELAJAR IPTA SANGGUP BODOHKAN DIRI HANYA KERANA CINTA....


“Biarpun dia jadi buruan polis dan seorang pe­nge­dar dadah, saya tetap menyintainya malah sanggup jadi isteri jika dia sudi terima saya.”

Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.


Lebih mengejutkan apabila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang.


“Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak,” katanya.


Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan.


Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan.


Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya.


“Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon.


“Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu,” katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya,


Dila berkata, biarpun tahu teman lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah.


“Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya,” katanya.


Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek.


Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan.


Penemuan 10 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis methamphethamine dalam poket seluar suspek menguatkan dakwaan dia terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.


Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut selain turut menasihati golongan remaja agar lebih berhati-hati jika ada hubungan cinta dengan lelaki tidak dikenali untuk mengelakkan diri terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang.


**cinta itu memang buta tapi tak perlulah kita buta perut menyusahkan diri dan mencari masalah hanya kerana cinta..Fikir masak-masak sebelum buat sebarang keputusan..cuba tanya pada kawan-kawan yang berkahwin dengan penagih atau pengedar dadah...bahagia tak hidup dia..??
PELAJAR IPTA SANGGUP BODOHKAN DIRI HANYA KERANA CINTA.... PELAJAR IPTA SANGGUP BODOHKAN DIRI HANYA KERANA CINTA.... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:09 AM Rating: 5

13 comments:

  1. mamat tu dh kasik rase penangan 'hotdog' dia kut tu psl xbley lupa huhu :D

    ReplyDelete
  2. tengah bercinta...kentot bau bangkai pun wangi....

    ReplyDelete
  3. Bodoh la..jgn dah kena paku dah tu yg risau nk putus tu..hrp pompua. Tu sedar la sblm keadaan lg rumit bila dah kawin

    ReplyDelete
  4. bolih jadi kamu cintakan sesuatu,padahal ia meyusahkan mu.Bolih jadi kamu bencikan sesuatu padahal ianya adalah baik untukmu.

    ReplyDelete
  5. ni blog politik ke blog sensasi?

    ReplyDelete
  6. inilah yang dikatakan belajar tinggi tinggi tapi bodoh tak habis-habis ....
    tentu ibubapanya menyesal dengan perkara ini. apakah dia ingat penagih dadah itu akan sembuh dari penyakitnya. setahu aku tidak.
    dan tahukah dia jika sipenagih dadah itu guna jarum berkongsi dan mungkin ada penyakit aids maka dia secara lansung akan menerima musibah yang sama.
    dan tahukah dia, semua duit gajinya akan habis digunakan olih sipenagih dadah itu untuk membeli dadah.
    fikir-fikirkanlah sebelum nasi menjadi basi.

    ReplyDelete
  7. Jangan hairan lah. Kalau lelaki mana pun betul-betul nakkan seorang perempuan, dia boleh dapat punya. Sanggup dengan tak sanggup saja. Perempuan tu kena berubat. Kalau Lombok yang miskin pun boleh rampas anak dara orang, orang tempatan lagilah...

    ReplyDelete
  8. hahaha........ni mesti kes perempuan rupa x seberapa ni...jarang ada pakwe..bila dah ada, dia xnk lepas...

    ReplyDelete
  9. setuju dgn anon 11.05. Polis patut buat urine test kat budak perempuan tu,kaki kuda jugak gamaknya

    ReplyDelete
  10. Konpem bangang bertingkat2 pompuan ni. Dapat laki yang takde kerja atau pendapatan tak menentu dah separuh gila. Nikan pula yg kaki dadah. Fikir sejuta kali sebelum terima nikahnya. Esok lusa awak gek yang merana. Klau ibu bapa tak restu toksah laa ikutkan nafsu ... nanti diri yang merana tak tentu

    ReplyDelete
  11. bukan cinta tu yg buta...tp dia yg buta dek cinta....kesian budak2 pompuan mcm ni....

    ReplyDelete
  12. ingatkan gamba paling atas tu sangup mati isk isk isk.rupanye si tudung kat bawah tu plak hahahah

    ReplyDelete
  13. haha tahu xpe..... ingtkan yg atas tu... rupa yg pakai tudung tu :P

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.