PANAS JE BILA BACA ARTIKEL INI..TAMBAH-TAMBAH LAGI BILA ANWAR YANG BACA...


Si Raja Putar kerap terbang ke luar negara, bersekongkol dengan beberapa tokoh yahudi kafir harbi laknatullah untuk dapatkan dana dan sokongan politik peribadi .
Di luar negara, Si Raja Putar yang dalam roh dan semangat perjuangannya tidak ada sekelumit pun semangat patriotik, ghairah memfitnah, menghina dan mencela kepimpinan negara, institusi kehakiman, institusi keselamatan, institusi kewangan , pendidikan dan apa sahaja yang boleh diperlekehkannnya.
Tujuan Si Raja Putar ini untuk memberi persepsi tidak benar terhadap kepimpinan negara dan keluhuran undang-undang serta perlembagaan. Niatnya hanya untuk mencemarkan imej baik negara yang telah terbina selama ini. Apa sahaja kaedah digunakan, termasuk di luar tabiee dan di luar fitrah manusia, asalkan nafsu serakah dan dendam kesumatnya tercapai.
Ingat, sedar dan insaflah Si Raja Putar, politik di bumi tercinta ini mestilah bertapak dan berpaksi di tanahair ini, tempat tumpahnya darah. Bukan dikawal oleh ‘Jawatankuasa Pemandu’ negara asing.
Budaya politik penuh berhemah yang amat relevan dengan fitrah hidup seluruh rakyat bumi bertuah dan dirahmati Allah ini mestilah dikekal dan dipertahankan. Pengaruh kuasa asing “Jawatankuasa Pemandu” si kafir harbi laknatullah dan budaya politik luar yang ganas, ektrim serta ala samseng jalanan harus ditentang habis-habisan.
Beberapa negara yang membenarkan pengaruh dan budaya politik luar masuk, natijahnya sudah terbukti. Berakhir dengan kehancuran. Rakyat sengsara, proses pembangunan terencat, ekonomi merudum dan suasana kucar kacir jadinya.
Wahai Si Raja Putar, ketahuilah ahli politik sewajarnya membina kekuatan di negara sendiri bukan ‘melacurkan diri’ kepada kuasa asing. Undi dan sokongan rakyat dalam negara sendiri menjadikan seseorang pemimpin politik itu benar-benar pemimpin berjiwa rakyat, melambangkan jati diri pemimpin itu.
Seseorang pemimpin politik yang mengharapkan sokongan dan pengaruh luar, hanya membuka ruang kepada pelbagai masalah, impaknya kepada rakyat jelata. Pemimpin yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri sendiri. Pihak luar yang menyokong ada udang sebalik batu, ada sesuatu yang mereka ingin dapatkan.
Si Raja Putar terus memutar, membelit dan bersandiwara. Sokongan kepada kepentingan keselamatan Israel melalui wawancara dengan media bukan rahsia lagi. Islam tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel di bumi Palestin .
Tapi rakan yang bersekongkol dengan Si Raja Putar bagaikan dicucuk hidung. Mereka yang sebelum ini garang bertempik, terpekik terlolong dengan rasa penuh riak dan angkuh melabel parti mereka sebagai menentang kezaliman Israel, diam menikus selepas Tok Guru ‘ ditarbiah’ oleh Si Raja Putar.
Jelas sekali Si Raja Putar menyokong kepentingan keselamatan Israel di negara Palestin, tapi alahai apakan daya, ‘lebai-lebai ‘ susuan Si Raja Putar ini sudah hilang arah. Sebelum ini pukul canang setiap pelosok kampung dan bandar, kata siapa sokong Israel musuh Islam, tapi bila Si Raja Putar sokong Israel, diam membisu. Terlalu takutkan Si Raja Putar.
Siapa musuh Islam sebenarnya ni? Pikirlah sendiri. Sudah tidak ada kejujuran dan keikhlasan sebab yang paling utama mahu membelai hati dan mendapat dana serta laba dari Si Raja Putar.
Si Raja Putar kini meneruskan metodologi berpolitik secara emosi. Mewujudkan perasaan benci membenci, fitnah memfitnah, konspirasi antara kaum. Cuba menggocak dan menjadikan keharmonian perpaduan antara kaum yang sebelum di digarap dengan begitu baik bertukar menjadi rapuh dan berkecai.
Demi perpaduan dan kelangsungan kehidupan yang harmonis menjadi jihad, peranan dan tanggungjawab menolak Si Raja Putar Pilih parti yang menjadi kerajaan yang benar-benar terbukti dan berjaya membangunkan rakyat dan negara. Jangan biarkan diri terus ‘dikencingkan’ “ Si Raja Putar. Tolak strategi ‘ luar tabiee Si Raja Putar ‘.
HAJI Z
KUALA LUMPUR
PANAS JE BILA BACA ARTIKEL INI..TAMBAH-TAMBAH LAGI BILA ANWAR YANG BACA... PANAS JE BILA BACA ARTIKEL INI..TAMBAH-TAMBAH LAGI BILA ANWAR YANG BACA... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:00 AM Rating: 5

2 comments:

  1. Assalam Bro

    Kejamnya kerajaan Malaysia melepaskan siputar alam ni membuat fitnah di luar Negara... Itu sebab pentingnya ISA untuk menahan malaun macam ni... Fitnah, menghasut, dan yang paling sadis luar tabie tu, lepas bebas macam anjing kurap menyalak memohon insan agar ada tuan2 besar diluar sana dapat membantunya menjatuhkan kerajaan yang memerintah seperti apa yang terjadi dinegara2 Arab...

    ReplyDelete
  2. Tak pe laa bro. Allah tu kan ada. Selagi kita percaya pada rukun iman ke enam... tak ke mana mahkluk ni. Biarkan ... masa akan menentukan.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.