Monday, March 26, 2012


Ini sudah nampak macam orang yang desperate sangat.Semua orang menjangka satu respon segera dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada cabaran saman oleh Datuk S Nallakarupan kerana dakwa beliau biseksual.
Sebaliknya Ahad blog peribadi Ketua Umum PKR itu http://anwaribrahimblog.com terpaksa guna komen-komen pembaca terhadap  berita sidang akhbar Nalla Sabtu yang disiarkan dalam portal pro pembangkang Malaysiakini.com untuk pertahan diri.
Paling memualkan ada satu komen itu menulis begini : Lastly, we don’t give a rats arse about Anwar’s sexuality, as long as he delivers justice, transparency and democracy to the long suffering rakyat.
Agendadaily menerima reaksi dari beberapa orang pembaca yang mempersoalkan dalam usaha untuk mempertahankannya... tukang komen itu sanggup meletakan seolah Anwar bukan beragama Islam.
Ini bila pembaca itu kata dia  tidak peduli apa jua perlakuan seks Anwar... (Lastly, we don’t give a rats arse about Anwar’s sexuality)....

blog-anwar-komen
Lebih memualkan lagi  ialah Anwar sendiri seperti merestui  komen itu bila turut memuatkannya dalam blog peribadinya sendiri.
Bagi mereka kalau hendak 'mencari perlindungan' sekalipun janganlah sampai peringkat guna kata-kata menghalalkan apa yang haram.
Isunya ialah apakah orang Melayu dan Islam dapat menerima seseorang yang bercita-cita hendak jadi Perdana Menteri jika benar dia melakukan kemungkaran.
Sekalipun mungkin tukang komen yang mengunakan nama samaran Inspektor Klueso itu bukan Islam tetapi dia tidak sepatutnya mempersenda hukum Islam sampai peringkat cuba 'menghalalkan'  kemungkaran. AgendaDaily

2 comments:

Wanredone said...

Kepada mereka yang bercita cita nak jadi YB.

Parlimen dibubar : 4 Jun 2012 Isnin)

Hari Penamaan Calon : 11 Jun 2012 (Isnin)

Hari Pembuangan Undi : 24 Jun 2012 (Ahad)

25 Jun 2012 confirm jadi YB - Berapa ongkos, belakang kira!

Dari sekarang sehingga pembubaran parlimen (4 Jun), BN masih ada lagi 5 talian hayat official yang perlu digunakan sebaik mungkin....
1 Mei 2012 - Labour Day (Selasa)
5 Mei 2012 - Wesak Day (Sabtu)
30 Mei - Pesta Kaamatan, Sabah (Rabu)
1 Jun 2012 - Gawai Dayak (Jumaat)
2 Jun 2012 - Hari Keputeraan YDP Agong (Sabtu)
So spend ..... spend ..... spend..... until last cent! That's what Talian Hayat is for!
Good luck to our future YBs.....
Like · · Share

Anonymous said...

... 'Lastly, we don’t give a rats arse about Anwar’s sexuality' because we simply refused to care about him! (well, he can go to hell if he wish!)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.