ORANG UMNO...TOLONGLAH CONTOHI APA NIK AZIZ BUAT.....

Konpius juga bila baca kenyataan Nik Aziz ni...EP cuba juga nak gambarkan apa yang dikatanya...tapi tak berjaya..mungkin pembaca-pembaca blog EP boleh tolong sahkan betul ke apa orang tua ni cakap...

1. Pasal dah 2 dekad PAS Kelantan memperjuangkan 'negara berkebajikan' dan memberi impak besar...

2. Tidak pernah mengambil elaun itu dan ini -jimat duit rakyat dan disebabkan penjimatan itu rakyat kelantan tak miskin..

EP hanya mampu ketawa je..hahahahahaha...agak-agak la nak buat kenyataan pun..rakyat dah main cerdik dan pandai menilai...Kenyataan ni macam masuk bakul angkat sendiri...kalau Kelantan tu sama taraf kemajuannya dengan Pulau Pinang kira ok la kalau nak keluarkan kenyataan macam ni...ni air yang dibekalkan untuk rakyat masih kotor..rakyatnya masih ramai yang merempat dan terpaksa keluar ke negeri lain untuk mencari rezeki..


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan beliau memperjuangkan dasar 'negara berkebajikan' sepanjang dua dekad  lalu telah membawa impak besar dalam membantu rakyat Kelantan walaupun ia nampak kecil.

Beliau yang menyandang jawatan Menteri Besar bermula 1990 berkata, sejak mengetuai Kerajaan Kelantan beliau tidak pernah mengambil pemberian elaun-elaun kerajaan, sebaliknya sanggup hidup bersederhana bersama rakyat.

"Saya tidak pernah menggunakan wang kerajaan. Saya tak tinggal di rumah yang disediakan oleh kerajaan.
"Selama ini juga saya tidak ambil elaun yang diberikan oleh kerajaan. Sebagai contoh sebulan dapat RM5,000. Cuba bayangkan kalau setahun," katanya dalam ucapan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini, malam tadi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir pada majlis malam tadi telah mengetengahkan dasar negara kebajikan pihaknya ketika menyampaikan ucapan dasar pada muktamar Jun lalu.

Pas juga menjadikan konsep negara berkebajikan sebagai tema manifestonya pada Pilihan Raya Umum 2008.
Mengulas pendekatan kepimpinan Kerajaan Negeri, Nik Abdul Aziz juga berkata, elaun sambutan Aidilfitri dan Aidiladha yang diberikan kerajaan iaitu sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 tidak pernah diambilnya.

Jelasnya, tindakan tidak mengambil elaun yang diberi oleh kerajaan telah menjimatkan banyak duit rakyat.

"Jika pemimpin ada sikap begini, rakyat miskin tidak akan jadi bangsat sebab mereka akan dapat bahagian mereka atas keperihatinan kita yang memimpin.

"Kita perlu memimpin berlandaskan dengan cara Islam sebab Islam itu sebuah badan kebajikan yang menolong orang," katanya.

Tambah Nik Abdul Aziz, konsep mengharamkan riba di Kelantan juga membebaskan negeri itu daripada premis judi.
ORANG UMNO...TOLONGLAH CONTOHI APA NIK AZIZ BUAT..... ORANG UMNO...TOLONGLAH CONTOHI APA NIK AZIZ BUAT..... Reviewed by Empayar Pemuda on 3:05 PM Rating: 5

8 comments:

  1. MEMANG TAK AMBIL DUIT BRO
    SIMPAN KAT BANK SAJA...
    TAK SALAH KAN KAN KAN...

    ReplyDelete
  2. Dah, soalnya, rakyat Kelantan dapat tak Nik Aziz oi? Kenapa buat jamuan makan malam pun suruh rakyat bayar? tu tak makan duit rakyat ke?

    ReplyDelete
  3. Dia tak ambik 5 ribu atau 50 ribu tapi dia songlap juta-juta bro.

    ReplyDelete
  4. saka mana lah yg dok hinggap kat org tua ni.Hey manusia yg mengaku diri ulamak,"DENGAN QALAM SIAPAKAH MAKANYA KAMU BERKATA KATA?;

    ReplyDelete
  5. Dah nyanyok gamaknye org tua ni.pandai nikky najis buat lawak...haha

    ReplyDelete
  6. Kah kah kah.. Masuk bakul angkat sendiri ke pok ni.. Mana pegi negara islam? Dah tukar negara kebajikan pastu nak up plak dasar tu? Kalau tak kerana dap suruh tukar mmg tak tukar kan pok nik.. Ni semua sebab tamakan jawatan nak ke putrajaya la ni.. Mcm2 la pok nik ni.. Dah semakin nyayuk agaknya..


    Aryan Brotherhood

    ReplyDelete
  7. BR1M penerima plg byk rakyat mana? Kelantan ke Kelantun? Org Kelantan x sedar diri!! X sedar diuntung!! Merempat di negeri orang!!! X malu lagi nak berlagak!! Piirraaah!!

    ReplyDelete
  8. Katanya kelulusan agamanya tinggi. Seberang laut pulak tu. Lagi pun mengaku dirinya ulamak. Kita tidak boleh memperlekehkan ulamak. Tetapi mengapa dia menyamakan taraf Nabi Muhammad s.a.w. sama dengan si Mamat budak kat kampongnya itu????..Tak faham aku daa....Semoga Allah menjadikannya seorang yang lebih berotak!.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.