NURUL IZZAH MALU APABILA DICABAR BERSUMPAH OLEH SEORANG PENJAWAB AWAM??


Kalau orang politik cabar orang politik bersumpah ia sudah jadi macam hal biasa.Namun lain ceritanya dalam kes ini bila seorang pegawai tinggi kerajaan mencabar orang politik bersumpah.

Rasanya belum pernah dengar lagi serakat ini.

Siapa yang tidak naik angin kalau dek kerana politik dan nak memancing undi segala fakta dan hakikat depan mata sudah tidak ambil peduli.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail boleh masuk buku Malaysia Book Of Records bila beliau sebagai pegawai kerajaan,mencabar Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar agar bersumpah.

Beliau membuat cabaran ini dalam sidang akhbar Isnin untuk menjelaskan mengenai kontroversi projek lot banglo di Bukit Gasing yang terletak di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya.

Ahmad Fuad mahu Nurul Izzah bersumpah beliau tidak pernah jumpa pemaju projek itu,Gasing Meridien Sdn Bhd yang mendakwa pernah memberi penerangan terperinci kepadanya mengenai projek itu pada tahun 2009.

Ini kerana Nurul sudah backing bantahan penduduk kawasan itu mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menarik balik kebenaran projek berkenaan kerana mendakwa ia dibina di lereng bukit dan kawasan digazet kawasan hijau.

Datuk Bandar itu menjelaskan kawasan projek itu tidak termasuk dalam 52 hektar kawasan yang digazet kawasan hijau di Bukit Gasing.

Katanya kawasan projek itu adalah tanah persendirian dan pemiliknya berhak memajukan tanah itu.

Menurut beliau kelulusan projek itu diberi pada tahun 2008 dan jika ia dibatalkan Dewan Bandaraya kena bayar pampasan sebanyak RM135 juta kepada pemilik tanah.

Kata Ahad Fuad wajarkah Dewan Bandaraya bayar ganti rugi RM135 juta.

Beliau juga memberi jaminan Dewan Bandaraya tidak akan membenarkan sebarang pembangunan di kawasan hijau Bukit Gasing.

Pada hujung minggu lalu sebilangan penduduk berdekatan kawasan projek telah membuat piket bila melihat kerja-kerja pembangunan dijalankan di kawasan projek itu.

Soalnya apakah Nurul Izzah ambil kira semua fakta ini ?

Juga sanggupkah beliau bersumpah seperti dicabar Datuk Bandar kata tidak pernah ditemui pemaju untuk menjelaskan mengenai projek berkenaan?

Bapanya pernah dicabar bersumpah dalam kes dakwaan liwat dan video seks...tapi tak berani...apakah Nurul nak ikut jejak itu.

Lagi satu,jika beliau sendiri yang memegang jawatan Datuk Bandar,sanggupkah beliau membuat keputusan membayar gantirugi RM135juta kerana terpaksa membatalkan satu projek diatas tanah persendirian - yang pemiliknya sudah dapat kelulusan empat tahun lalu. -AD
NURUL IZZAH MALU APABILA DICABAR BERSUMPAH OLEH SEORANG PENJAWAB AWAM?? NURUL IZZAH MALU APABILA DICABAR BERSUMPAH OLEH SEORANG PENJAWAB AWAM?? Reviewed by Empayar Pemuda on 9:49 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Nurul Izzah nih ikut style Bapak dia la jugak... kira nak spin bila bercakap.. Harap muka saja lawa.. perangai mcm taik..

    zoRRo...

    ReplyDelete
  2. Si Izzah ni dia gheti ke apa yang pemaju tu jelaskan pada dia pasal projek tu. Kot masuk telinga kiri, keluar telinga. Habuk pun tarak....orang dah hati busuk, tak nampak lain dah.

    ReplyDelete
  3. Hahaha..xdpt kot smlm.itu yg meroyan xtentu psal 2.keh.keh.keh

    ReplyDelete
  4. Si nurul ijjah tu hspa pun tak boleh. Yang fia boleh cuna menipu memfitnah mebohong berdusta dan sewaktu dengannnya. Macam bapak BABI dia jigak lah.

    ReplyDelete
  5. long life nurul izzah!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.