Tuesday, March 20, 2012


Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semalam membuat laporan polis mendakwa tiga mahasiswa sebuah universiti awam di sini menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya bertujuan mengadakan bancian untuk mengesan pengundi hantu di kawasan itu. 

Setiausaha Penyelarasnya, Datuk Mohamad Sazali Kamilan, berkata kunjungan tiga mahasiswa, iaitu dua perempuan dan seorang lelaki dikesan di Perumahan Awam Pantai Permai dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi dan menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk.Katanya, tindakan sama dikesan sebelum ini di PPR Seri Cempaka dan Flet Seri Pahang.



Mereka dikesan mengedarkan risalah berbau hasutan di peti surat milik penduduk yang tertera gambar Ahli Parlimen (PKR) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. 

“Kami mengesyaki ia dilakukan bagi menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat mengenai tujuan kerajaan BN memperkenalkan Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Rumah Projek Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Wilayah Persekutuan,” katanya. 

Mohamad berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana bimbang dengan fenomena berterusan pihak tertentu yang sengaja memperalatkan mahasiswa untuk kerja politik dan kempen yang jelas mengelirukan dan memecah belah perpaduan rakyat. BH  

** EP tak salahkan mahasiswa ini..kerana pastinya mereka diupah untuk melakukan kerja ini...student mana yang tak mahu duit lebih beb..Sebagai pemimpin Nurul Izah harus bertanggungjawab dalam hal ini..memperalatkan mahasiswa untuk melakukan kerja kotornya..

Kalau Nurul Izzah tak kasihan pada budak-budak ini..kasihanlah pada ibubapa mereka yang mengharap kejayaan anak-anak mereka menamatkan pengajian mereka..

1 comments:

nur chahaya abadiey said...

erm..mcm2 la skrg..xtaw la btoll ke x nie..

apa2 pon..yg bek jd teladan..yg buruk..jd sempadan..

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.