Thursday, March 8, 2012


Sejak tarikh memberikan sokongan perlindungan kepada Israel pada 26 Januari lalu, “bakal Perdana Menteri” Anwar Ibrahim masih tidak menarik balik kenyataannya yang diberikan kepada The Wall Street Journals.

Malah, Anwar tidak pun membuat sebarang kenyataan maaf kepada seluruh umat Islam di dunia, khususnya rakyat dan umat Islam di Palestin, walaupun pernah digesa berbuat demikian oleh PAS melalui Nik Aziz Nik Mat.

Sehingga kini, sudah sebulan lebih telah berlalu dari tarikh Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut dan Anwar masih buat tidak peduli mengenainya. Anwar seolah-olah tiada perasaan bersalah langsung memberikan sokongan kepada Israel dan kezaliman rejim itu selama ini.

Ini adalah sangat berbeza dengan pendekatan Anwar ketika dia menyelar Israel tidak berapa lama dahulu. Tahun lepas, Anwar sedikit mengecam Israel. Mungkin tindakan itu sekadar melepaskan batuk di tangga dan bertujuan untuk meraih sokongan undi dari rakyat Malaysia.

Namun mengejutkan kenyataan tidak seberapa Anwar terhadap Israel yang dibuat melalui media tempatan itu telah dapat dikesan oleh agen-agen Israel yang juga merupakan rakan-rakan Anwar. Itu telah membuatkan Anwar gelabah dan risau sekiranya sahabat-sahabat Israel “sehidup sematinya” itu marah dan berpaling darinya.

Oleh itu, Anwar bersusah payah membuat “apology tour” mengelilingi dunia untuk bertemu rakan-rakan Yahudi Israelnya bagi tujuan memohon maaf atas “ketelanjurannya” mengecam Zionis Israel sebagai penceroboh dan ghairah menghentam Najib dalam isu APCO dan menuduh kerajaan menggunakan khidmat Yahudi dalam menentukan konsep pentadbiran negara.

Walhal, APCO hanyalah sebuah syarikat perunding yang tidak terlibat langsung dengan Yahudi, jauh sekali Zionis.

Dipercayai bahawa Anwar menggunakan alasan “memancing undi rakyat” untuk mendapatkan kuasa di Malaysia sebelum dia meneruskan agenda Israel di Malaysia.

Antara tokoh Yahudi Zionis Israel dan pemimpin neo-con yang ditemui Anwar dalam “apology tour” tersebut ialah Malcolm Hoenlein Timbalan Pengerusi Eksekutif, Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations dan juga Pengarah Eksekutif, Jewish Community Relations Council of Greater New York.

Selain itu, Anwar juga bertemu dengan Bret Stephens dari Wall Street Journal, seorang penulis pro-Israel yang tegar dan pernah menjadi Editor in Chief di Jerusalem Post dan Carl Gershman seorang pemimpin Yahudi yang merupakan Presiden National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah organisasi di bawah CIA yang bertanggungjawab mempromosi ‘demokrasi’ ke seluruh dunia dan terlibat secara langsung dalam kemusnahan Iraq dan Afghanistan.

Anwar turut dikatakan menemui Howard Berman, seorang lagi Yahudi zionis di Rayburn House Office Building. Berman adalah seorang Yahudi yang berpengaruh besar dalam Brookings Institute yang ditaja CIA iaitu sebuah organisasi pro-Israel dan terlibat dalam AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), pelobi pro-Israel di Amerika.

Selanjutnya, Anwar bersusah payah bertemu pula dengan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William Cohen yang merupakan seorang Yahudi dan zionis dan terlibat langsung dalam krisis Timur Tengah serta Daniel Mariaschin, Timbalan Presiden Eksekutif B’nai Brith International iaitu sebuah organisasi Zionis di Amerika yang sebelum itu membuat kenyataan meminta Amerika memboikot Anwar kerana menghentam Yahudi berhubung tuduhan APCO.

Anwar bertemu pula dengan Dr. Jamal Barzinji dan Yakub Mirza iaitu pegawai CIA di dalam Institute of International Islamic Thought (IIIT). IIIT bertanggungjawab menyebarkan fahaman Islam liberal dan juga ekstrimis secara halus dan licik bagi memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia melalui pemimpin-pemimpin tajaan mereka.

Mengapa Anwar sanggup bersusah payah membuat “apology tour” mengadap dan “menyembah-nyembah” Yahudi Zionis tersebut? Sedangkan Anwar langsung tidak mengadakan sebarang “apology tour” meminta maaf kepada para pemimpin Islam dunia yang hebat mengecamnya kerana memihak kepada Israel.

Sikap “double standard” oleh Anwar ini jelas menunjukkan bahawa dia memang pro-Israel dan “menyembah” Zionis tersebut. Saya tidak mampu untuk menghalang cita-cita Anwar untuk berkuasa sebagai PM di negara ini. Namun, saya serahkan kepada seluruh rakyat, khususnya umat Islam di Malaysia untuk memutuskan sama ada ANWAR SESUAI ATAU TIDAK MENJADI PM NEGARA KITA?

Pilihlah dengan iman dan akal, bukan dengan kepala lutut…AIDC

5 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,dia pergi nak cari dana untuk PRU 13 akan datang ni.Dia kalau boleh nak beli semua pengundi di Malaysia.oklah tu !

hangkedee said...

Biarkan...biarkan si luncai terjun dengan labunnya. biarkan.Dunia ini bulat satu hari kita tak terlepas dari kebawah juga.kembali kepada Allah.

Anonymous said...

lahabau ni memang pro israel..dia dah kantoi sokong israel jadi dia xnak minta maaf..ego la tuu..dia igt bila dia diamkan diri org akan lupa..maka crta ini akan berlalu begitu saja..jadi jgn kasi can dgn ini orang..telanjangkan terus sikap hipokrit Anu War Berahim..

p/s..jam omega abang mana jahh..!!

Anonymous said...

kan dah terang dia ni sokong israel..orang PAS masih duk sokong dia ni..aku tak halal orang PAS ni kalau memerintah negara..nauzubillah..!!

Anonymous said...

Takkan Anwar Aljuburi Almasikh nak minta maaf, sbb adalah satu realiti dan kenyataan yg jelas bahwa beliau adalah ejen yahudi zionis sejak dari dulu lagi semasa menjadi Timb.PM. Kalau dia minta maaf imej beliau akan tercemar sbg ejen yahudi zionis dan besar kemungkinan beliau akan di "exterminate"kan oleh yahudi.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.