MESTI BACA : ANWAR TAK PUAS HATI DENGAN KENYATAAN TERBARU NAJIB YANG MENYINDIR PAKATAN HARAM..??


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan 1.4 juta anggota sektor awam.

"Saya harap keputusan ini dapat meredakan ketidakpuasan hati penjawat awam pelbagai peringkat. Bagi isu-isu lain yang berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang diumumkan tadi," kata beliau di sini hari ini.

Najib berkata, bagi menjayakan segala perubahan dalam perjalanan menuju matlamat untuk transformasi negara, peranan yang penting terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya.

Beliau berkata, SBPA yang diperkenalkan awal tahun ini mengundang keresahan, rasa terkilan dan perasaan tidak puas hati penjawat awam, dan oleh kerana kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin serta mengenang jasa dan budi, ia mendengar keluh kesah rakyat.

"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, sambil menjelaskan bahawa ekoran rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lepas memutuskan supaya SBPA dikaji semula.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan.

Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut kemampuan kerajaan.

Katanya, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.
MESTI BACA : ANWAR TAK PUAS HATI DENGAN KENYATAAN TERBARU NAJIB YANG MENYINDIR PAKATAN HARAM..?? MESTI BACA : ANWAR TAK PUAS HATI DENGAN KENYATAAN TERBARU NAJIB YANG MENYINDIR PAKATAN HARAM..?? Reviewed by Empayar Pemuda on 4:48 PM Rating: 5

5 comments:

  1. Keh keh keh... panas punye perli tu...!!!!

    ReplyDelete
  2. tengah dok pikir apa cara nak kelentong

    ReplyDelete
  3. kalau setakat perli macam tu mana dia orang faham..sebab ajaran mereka mesti disertai dengan maki hamun baru boleh faham. Satu SERUAN kepada Mana mana kakitangan awam yang menyokong pembangkang tu, tolong tolong la insaf bahawa kerajaan BN telah banyak berkorban untuk engkau orang...Jadi la manusia yang tahu mengenang budi dan jasa

    ReplyDelete
  4. kan dah pernah keluar fatwa jangan berterima kaseh kepada yg memberi>>>>>>>>>itu tanggung jawab kerajaan

    ReplyDelete
  5. Mgkin ayat terima kasih x begitu sesuai,,,,bersyukur pd yg menerima,,,,,jgn byk meminta2, jga mutu kerja, kurgkn ddk minum kt kdi kopi pd waktu kerja, jana ekonomi, kuatkn usaha, akn dtg bila meminta, insyallah kerajaan sedia ada akn sudi memberi lg bila ekonomi terjana,,,,,,slm thniah utk semua kakitgn govt, x kira yg suka atau membangkang,,,,yg penting tuntuntan anda dah d terima,,,,

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.