Monday, March 19, 2012


Mat Sabu bertanding di Kedah? Biar betul....Hari tu dengar kata nak bertanding di Pulau Pinang...Kenapa? Tiada kerusi selamat di Pulau Pinang ke?? Kan di Pulau Pinang diperintah oleh komunis...Jadi nak takut apa..bertanding je la di Pulau Pinang...mesti Guan Eng suka punya....

Kalau kita baca kenyataan yang dibuat oleh MB Kedah...nampak sangat Mat Sabu ni tidak dialu-alukan untuk bertanding di Kedah...Alasanya  nak kena dapat persetujuan cawangan...hahahahahaha...Timbalan Presiden nak bertanding pun nak kena dapat persetujuan...bunyinya macam ahli tak suka je...sendiri mau faham la Mat Sabu...

Tapi nasib baik PAS pusat sempat tubuh PEMANDU..jadi Mat Sabu tak perlulah risau...sebabnya Azizan tak boleh buat apa-apa jika Anwar dan DAP nak Mat Sabu bertanding di Kedah..Kerana kuasa PEMANDU yang dilantik sebenarnya terletak ditangan Anwar dan DAP dan bukannya pada ahli PAS yang dilantik...mereka tu cuma boneka je..Kalau tak percaya tengok lah...

**Nasihat EP..mana-mana ahli PAS yang ada isteri comel-comel tu, fikir masak-masak sebelum nak bagi Mat Sabu tumpang bermalam dirumah..bukan apa..takut-takut pisang berbuah dua kali...tak pasal-pasal bini nanti kena kebas...hahahahaha



Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengambil kira pelbagai faktor terlebih dahulu, kata Menteri Besar.

Antaranya ialah bergantung kepada penerimaan dan sokongan dari Pas kawasan.


Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memberi keizinan kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk bertanding di negeri ini.


"Kita tidak tolak calon dari luar malah sudah ada beberapa calon luar yang bertanding di Kedah dalam pilihan raya sebelum ini dan mereka menang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Pas Kedah.


Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa penuh untuk menentukannya perkara itu kerana ia wajar dirujuk kepada pihak atasan. 


"Apa kuasa saya, saya bukan presiden parti, tetapi orang masih fikir saya yang berkuasa di Kedah (dari segi politik), tetapi saya bukan macam itu.

"Apa yang penting ialah untuk pertahankan kemenangan dan melakukan yang terbaik untuk tadbir Kedah," katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata,  beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima Mat Sabu sekiranya Pas kawasan mahu menerimanya.


"Sebaliknya, jika ada 100 cawangan, 40 mahu terima dan 60 pula tidak mahu terima. Inilah masanya Badan Perhubungan perlu memainkan peranan dalam mencari kesesuaian atau jalan tengah.


"Tambahan pula, semua aspek perlu diambil kira dalam pilihan raya umum termasuk sokongan individu atas pagar, sokongan orang ramai serta rakan-rakan (dalam parti)," katanya.


Mat Sabu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999 - 2004), dikatakan cuba mengintai ruang dan peluang untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum kali ini.

1 comments:

Anonymous said...

soalnya adakah ahli pas bersedia menerima naib presiden mereka yang fasik itu dan tidak layak menjadi saksi kes hudud sebagai calun? bagaimana nak menjalankan hukum hudud sekiranya naib presiden pun tidak layak menjadi saksi. bayangkan kes di mana mat sabu dan 3 orang ahli pas yang lain yang amat warak nampak satu perbuatan zina yang dilakukan olih nwar berahi, tetapi kerana mat sabu pernah berzina dan berbohong (menuduh kenderaan polis melanggarnya) maka dia tidak layak menjadi saksi. bolihkah orang yang buruk akhlak ini menjadi pemimpin. atau ahli pas berusaha memenuhi sabda nabi yang berbunyi "diakhir zaman nanti pemimpin dikalangan kamu adalah mereka yang paling rosak akhlaknya diantara kamu".

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.