Saturday, March 10, 2012


Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.

Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.

“Majlis pertunangan tersebut TIDAK langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.

Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu. – Mynewshub.my

15 comments:

tuankrab said...

nice info

visit me:http://www.centplay.com/affiliate/id_569/

Anonymous said...

smpai fitnah bertuang guna bajet. pm tu kan bergaji. aku yang tak kerja ni pun mampu tunangkan anak takkanla dia nak tunangkan anak tak boleh. jadi pm takkan nak buat apa2 yg peribadi tak boleh. semua nak buat fitnah. tak da kerja lain ke. tu selangor dah jadi darulsampah. patut itu yg difikirkan yang diselesaikan bukan sibuk jaga tepi kain najib

Adi Kencana said...

Saman je dia ni. Ajar skt org yg suka buat fitnah ni...

NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

ika_salwa@yahoo.com.my said...

Bangang la si hafizi ni x ada koja lain ke asyik nak buat fitnah jer....pm tu ada duit la setakat nak wat kenduri atau majlis ptunanagan x kan la x mampu, guna la otak kau same, kita semua dah jemu, bosan dan menyampah dgr fitnah engkau, cukup2 la buat keje bodoh ni...

Anonymous said...

mmg la najib tu brgaji kan??..tu yg smpai bole beli cincin rosmah 40 juta USD, tunang saja dh RM409,767..setau aku gaji najib 22k cmpur elaun2 tu suma..tp logik x kalo nk tunangkn ank dia mkn kos bnyk tu dgn gaji cm2..brapa lama dia nk kumpul duit tu pas2 nak bayar bil cm2..tu blom lg pasal cincin rosmah lg..owhh suma tu menabung dari kecik kn?

Anonymous said...

apala bengong sgt anon 9:49 kita org kebykan ni pun klu nak buat kenduri kena rancang habis2an nikan pl PM. x susah la bg dia stakat majlis tunang anak n cincin rosmah tu bila lg dia nak perabih duit hasil keja dia slama ni. hidup najib. mampos la pentokong taksub pas n anwar.

Anonymous said...

Anon 9:49
Kamu ni lagi sekoq penyambung fitnah..memang dasar pengikut membuta tuli..ko dah jumpa si rosmah tu tengok cincin 40 juta USD? Apa punye manusia la ko ni..

Assassin Cyber said...

Masakan lalat urung tahi jika bukan kerana bau busuk. Sama macam Rafizi...mulut longkang.

Anonymous said...

Aku nak tengok cincin 40 juta tu di jari rosmah, baru aku percaya

Anonymous said...

9.49 Memanglah gaji najib tu 22k, tapi takkanlah dia ni tak de harta langsung, harta peninggalan dari bapak dia bekas perdana menteri Malaysia, pelaburan kat ASB ke, saham-sham yang tertera di busa saham malaysia tu ke, kita yang rakyat kebanyakan yang kerja kerajaan/swasta yang menyimpan berdikit2 ni ada saham beratus ribu di ASB, rumah sewa, harta pusaka peninggalan datuk/nenek/ibu/bapa. Tak kan PM orang no 1 malaysia langsung tak de duit cuma bergantung dengan gaji bulanan dia je, fikirlah out of box, jangan control sangat brain awak tu.

Anonymous said...

rafizi tu kalau iblis da bersarang kat kepala dia fitnah ni lazat rasanya bagi dia sama la macam ketua songsang dia aljuburi

Anonymous said...

saman je fitnah..biar bos dia nuargay byar...kurang ajar...tinggalkan seluar dalam je....jdn maafkan..muka tembok itu

Anonymous said...

da name pun pakar stategik parti keadilancau.....memey la pandai wat strategik fitnah.....booo..sama...anon 9.49am....itu la..melayu xhabis2....

Anonymous said...

biasalah tu PM buat majlis!...kenalah jaga standard...sesuai dgn jemputannya bukan sebarangan,YM Sultan2,YB Menteri2,para diplomat luar negara,MB dan kenamaan lain...takkan nak jamu nasi bungkus dgn roti canai je...malulah kita,dia kan PM pemimpin No 1 kita!.. Artis Mawi dulu kawin pun ditaja ongkosnya dah berjuta! itu belum lagi kawin siti Norhaliza!...Sebenarnya kalau PM nak dapatkan tajaan pentik je jari berebut yg datang nak taja! tapi dia bukan jenis itu orangnya!... tak mau nanti ada saja fitnah!... lebih baik guna wang sendiri!...itu pun pembangkang dok fitnah...Subhanallah!

Anonymous said...

Rafizi ni skrang boleh bodek DSAI byk2 nanti dah kena kencing, baru dia tau, tgk2 lah ape yg terjadi pd org2 yg selama ni dok support DSAI,dari zaman reformasi hingga skrang...kpd Rafizi suruh DSAI kesayangan anda bersumpah dulu...jgn bala dari Allah SWT menimpa anda atau keluarga anda..ingat...doa org yg dianiayai tidak kira Islam atau sebaliknya, akan dimakbul kelak antara lambat atau cepat saje...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.