MALUNYA JADI AHLI PAS...ADA PEMIMPIN YANG BODOH MACAM NI...


Seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam. Islam yang sudah sinonim dengan parti ini, tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya. Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam. 

Namun, saya tidak hairan akan ketidakmatangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Kejahilan beliau begitu terserlah. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya. 

Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat, sebelum wujud parti politik. Tidak ada sebuah parti politikpun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik. Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang. 

Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa. Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian. Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen. 

Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku. Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini. 

Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?

Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan. Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno). 

Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya. 

Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan. 

Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya. Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik. Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.

Minggu lalu, Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti. Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?

Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis. 

Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri. Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul, orang lain semua salah. 

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
MALUNYA JADI AHLI PAS...ADA PEMIMPIN YANG BODOH MACAM NI... MALUNYA JADI AHLI PAS...ADA PEMIMPIN YANG BODOH MACAM NI... Reviewed by Empayar Pemuda on 5:03 PM Rating: 5

9 comments:

  1. salam,
    Tahniah dan Syabas Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
    Penyelasan dan nasihat yang amat bagus dan sangat berakhlak. Harap lebih ramai lagi para pemimpim politik akan mendapat iktibar.Jadikan cara menyampai ceramah dengan berhemah bukan caci-mencaci menjatuhkan peribadi orang lain. Tanpa disedari perbuatan sebegitu mencermin diri sendiri yang sangat daif dan tidak layak bergelar wakil rakyat atau pemimpin.

    ReplyDelete
  2. Salam prof,,,

    xperlu prof bg hujahan yg pjg dan bernas serta konkrit kpd mereka semua ni(pas,pkr n dap) walaupun hujahan itu benar dan berasas mereka ttp akn kta itu hujahan umno, sbb mereka ni mengaku warak dan bijak pndai, walhal bijak lg org yg hdup di zaman neolitik berbanding puak2 pkatan ni. Kesimpulan saya mudah, kita sukar utk berkomunikasi dgn manusia yg tiada tamadun dan lbh baik kita buat kerja tnpa byk berckp, bercakap dan bercakap, ceramah dan ceramah
    Maki dan maki,fitnah dan fitnah tanpa peduli hak rakyat setempat kerana terlalu byk ceramah dan fitnah dr pd membantu rakyat. Tnya pd mereka manefesto pru 12 byk lg terhutang, bila nk tunai, kne btg hdung sndri nk kata apa pulak,,,spin jgn x spin,,,,

    ReplyDelete
  3. terbaik dr kasi sekolah cukup cukup;;; salute spring u

    ReplyDelete
  4. seorang mualaf cina lebih islam daripada ulamak islam pas......malunya aku dengan bangsa sendiri yg jahil dan bodoh.. tapi berlagak alim.. persis ostat baderolll..

    ReplyDelete
  5. aku nmpak jahilnyer org yg guna agama demi politik wlupun aku ni xminat politik, tp kenapa ada org yg ttp xnampak n ttp fanatik pd hujahan mereka yg berbelit2..wlupun aku xberapa nk sokong k'jaan skang, tp aku xnk tanggung risiko pangkah utk tubuhkan k'jaan baru..biarla k'jaan skang nimemerintah.

    ReplyDelete
  6. di Msia hanya ada sorang je Dr Riduan Tee, sorang je Tun Dr M.... tapi yg mcm si Nuar cilaka banyak... sungguh banyak....si Nuar bijak melahirkan pelapis.... utk mlahirkan pelapis spt Nuar amat MUDAH tidak spt melahirkan seorang lagi insan spt Tun Dr M & juga DrRiduan Tee, cina mualaf masuk islam yg lebih islam dari melayu yg lahir islam...

    ReplyDelete
  7. Allahhuakbar maha suci ALLAH Tuhan semesta alam tiada dua dan seterusnya. Hidup Dr Ridzuan Tee, Hidup Dr.M

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.