MAHFUZ AKHIRNYA MENGAKU NAK JADI MB KEDAH..??GUNAKAN PAS PUSAT UNTUK AMBIL ALIH KUASA..


Inilah merupakan salah guna kuasa terbesar PAS setelah mereka memerintah.

Prof Agus: PAS cuba wujudkan konsep ‘parti menguasai kerajaan’ melalui Jawatankuasa Pemandu

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
March 06, 2012

KUALA LUMPUR, 6 Mac - Prof Datuk Dr Agus Yusof menyifatkan pembentukan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS memperlihatkan parti Islam itu mahu mewujudkan konsep “parti menguasai kerajaan.”

Bagaimanapun penganalisis politik ini menegaskan konsep “parti mengusai kerajaan” boleh diamalkan namun ia mesti dilaksanakan dengan tanggujawab yang melibatkan barisan kepimpinan pentadbiran.

Jelas Agus, Jawatankuasa Pemandu itu hanya sekadar penasihat kepada kerajaan negeri yang diketuai PAS dan tidak boleh sama sekali campur tangan dalam urusan pentadbiran.

“PAS cuba buat konsep parti menguasai kerajaan...nak tubuh jawatankuasa boleh tapi jangan masuk campur urusan negeri di mana konteks penentunya masih terletak kepada menteri besar dan barisan exconya.

“Jawatankuasa Pemandu ini boleh beri nasihat tapi tidak boleh campur tangan sebab kerajaan negeri bukan hanya PAS tapi Pakatan Rakyat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menambah menteri besar dan exco daripada PAS tidak terikat dengan Jawatankuasa Pemandu itu dan boleh untuk menolak keputusan dibuat.

“Jawatankuasa ini hanya berpengaruh ke atas menteri besar atau exco daripada PAS dan tidak boleh bertindak lebih daripada itu...jangan campur tangan.

“Kalau jawatankuasa ini buat keputusan tapi menteri besar tidak terikat dengan keputusan itu dan kalau (menteri besar) terikat (dengan jawatankuasa) maknanya jawatankuasa ini yang berkuasa,” kata Agus menambah menteri besar dan exco PAS boleh setuju atau tidak dengan nasihat diberikan jawatankuasa itu.

Kata beliau, apa-apa keputusan dalam pentadbiran negeri termasuk pelantikan di bawah kuasa menteri besar dengan perkenan Sultan Kedah.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/prof-agus-pas-cuba-wujudkan-konsep-parti-menguasai-kerajaan-melalui-jawatankuasa-pemandu/


Selama lebih 50 tahun mentadbir negara, Barisan Nasional tidak pernah sesekali mencampur adukkan urusan politik dan pentadbiran.

Tapi bagi PAS, walaupun baru tak sampai 5 tahun memerintah, mereka berani menggantikan kuasa pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh rakyat dengan Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh parti.

Semoga rakyat Kedah boleh melihat salah guna kuasa yang dibuat oleh PAS Pusat untuk menggulingkan MB Kedah.

*Ustaz Azizan seorang bekas pensyarah cuba digantikan dengan Mahfuz Omar yang tak habis belajar. Ada ke patut.



Hasil cilok dari : MyMassa
MAHFUZ AKHIRNYA MENGAKU NAK JADI MB KEDAH..??GUNAKAN PAS PUSAT UNTUK AMBIL ALIH KUASA.. MAHFUZ AKHIRNYA MENGAKU NAK JADI MB KEDAH..??GUNAKAN PAS PUSAT UNTUK AMBIL ALIH KUASA.. Reviewed by Empayar Pemuda on 3:20 PM Rating: 5

1 comment:

  1. dengan cara ini, orang yang tidak dilantik oleh sultan pun boleh kuasa negeri. bayangkan kalau DAP buat macam ni masa kat Perak dulu... jadilah MB boneka..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.