Monday, March 12, 2012



Umum telah menyaksikan sendiri apa yang terjadi bila sesuatu isu melibatkan pemimpin pembangkang, contohnya Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini didakwa telah meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tidak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang yang basah walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful.


“Anwar yang ‘kantoi’ bila gambar video lucahnya dengan pelacur China didedahkan oleh Datuk Eskay, masih tak tahu malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang. Begitu juga dengan Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau telah bersekedudukan dengan Helmi yang mendedahkan gambar bogelnya.


Terbaru, Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor, Ustaz Badrul Amin masih dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang pada jam 2 pagi dalam sebuah bilik hotel di Kuantan.

Skandal pasir di Selangor juga mengaitkan ADUN Seri Muda, Suhaimi Shafie dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari malah Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim namun sehingga kini, mereka masih mendiamkan diri dan masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar Selangor.


Bukan itu saja, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih mempertahan Mat Sabu bermati-matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru. Hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden Pas.

“Begitu juga dengan ADUN Selising, walaupun sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan Adun Selinsing hanya berseluar dalam.

Nik Aziz yang kantoi kerana mahu pergi menunaikan Haji dengan duit hasil suapan Abroad Technologies Sdn Bhd bernilai RM650,000 setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard kepada Abroad Tech, tanpa segan silu mengakui bahawa beliau sudah 20 tahun ke Mekah dan tidak pernah memakai duitnya walaupun 5 sen.

Bagaimana pula dengan Ir Ariffahmi Abd Rahman, menantu Nik Aziz dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta ringgit, Nik Aziz sedikit pun tak pernah rasa bersalah.

Sehubungan dengan itu, jelas beliau semua pihak harus memuji sikap tanggungjawab dan tulus Datuk Shahrizat Jalil, satu sikap yang tidak wujud dalam jiwa roh mana-mana pemimpin pembangkang yang lain.

Apa yang mereka ada hanyalah menyalahkan UMNO dan BN atas segala kesilapan yang mereka lakukan sendiri, jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan mengaku salah kerana inilah sikap sebenar pemimpin pembangkang.  -Lokman Adam

Jom kita layan koleksi video-video hebat sepanjang zaman (evergreen)...tengok jangan tak tengok...




0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.