Wednesday, March 14, 2012



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman fitnah sebanyak RM20 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, NgSuee Lim.

Saman fitnah berkenaan dibuat berikutan penyiaran beberapa artikel dan gambar yang disiarkan akhbar rasmi kerajaan Selangor iaitu 'Selangor Kini' pada edisi mingguan bertarikh 25 November hingga 2 Disember2011.

Menurut Noh, saman berkenaan difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan 22Mac ini.

"Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka cuba membuat tindakan sedemikian," katanyapada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Menurut Noh, tindakan saman terbabit diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen, menteri dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

Selangor Kini menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan Noh sebagai fitnah.

Noh diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

1 comments:

Anonymous said...

jangan risau tuan penasihat ada,

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.