KENAPA PERLU KITA TINDAS GOLONGAN LGBT?? BUKANKAH MEREKA MEMPUNYAI HAK??


Tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan hubungan sejenis, seks bebas dan perkahwinan sejenis di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Menurutnya, menyedari masalah itu semakin menular, kerajaan telah mengambil langkah berterusan bagi mengatasi masalah sosial seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) terutamanya di kalangan masyarakat Islam.

“Ini kerana gaya hidup LGBT mendedahkan mereka kepada masalah sosial seperti pelacuran, dadah, risiko jangkitan HIV/AIDS serta kecelaruan psikologi dan mental.

“Bagi menanganinya, kerajaan mengambil dua pendekatan iaitu pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang,” katanya ketika menjawab soalan Mohd. Nizar Zakaria (BN-Parit) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Nizar bertanyakan langkah yang diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menangani masalah golongan homoseksual dan lesbian yang semakin berleluasa di kalangan umat Islam di negara ini.

Menurut Mashitah, dalam aspek pencegahan aktiviti tidak bermoral itu, kementerian giat menyebar luaskan Deklarasi Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia dalam Islam yang jelas menentang LGBT.

Katanya, pihaknya juga secara berterusan memberi penjelasan mengenai fatwa berkaitan LGBT termasuk melalui saluran media, seminar dan forum serta menerbitkan risalah mengenainya tahun ini.

“Kementerian dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengadakan program Mukhayyam Komuniti Disayangi Mak Nyah yang diadakan sebanyak tiga kali pada 2011 yang sudah mengumpulkan seramai 74 orang peserta.

“Peserta program ini terdiri daripada golongan mak nyah dengan memberi pengisian dari aspek fizikal dan rohani selain menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata, dalam aspek penguatkuasaan pula, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) telah memperuntukan hukuman yang jelas mengenai kesalahan yang menjurus kepada aktiviti LGBT dan boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja.

Katanya, antara peruntukan yang berkaitan adalah Seksyen 21 (kesalahan pelacuran); Seksyen 25 (kesalahan liwat); Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan); Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan Seksyen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam).

“Kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri,” katanya.
KENAPA PERLU KITA TINDAS GOLONGAN LGBT?? BUKANKAH MEREKA MEMPUNYAI HAK?? KENAPA PERLU KITA TINDAS GOLONGAN LGBT?? BUKANKAH MEREKA MEMPUNYAI HAK?? Reviewed by Empayar Pemuda on 9:27 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.