KENAPA ANWAR RASA TERCABAR DENGAN KEMPEN IKAN DUYUNG SEKSI DI BUKIT BINTANG...??

Ingatkan Anwar sorang je yang menggunakan suara hak asasi manusia untuk mempertahankan salah lakunya...rupa-rupanya tekaan EP salah...ikan pun ada wakil NGO yang mempertahan hak mereka (merujuk pada ikan la)..

Kiranya ikan-ikan di lautan tu lagi hebat daripada Anwar la... kerana Anwar hanya berjaya menarik Ambiga dan lelaki gay untuk mempertahankannya tetapi ikan-ikan di lautan pula berjaya menggunakan ikan duyung yang seksi untuk menyuarakan hak mereka..
Tapi malangnya ikan duyung yang seksi ini telah menyuarakan pendapat mereka di tempat yang salah. Maksud EP bukannya niat untuk menyelamatkan ikan-ikan dilautan itu salah..itu hak mereka tetapi mesej dan perbandingan yang cuba disampaikan oleh mereka salah.
Mereka harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Jadi mesej yang dibawa oleh mereka dengan mengatakan Muslim kejam kerana menyembelih binatang sangat tidak menghormati majoriti penduduk di sini...
Jom ikuti apa kata Dr MiM :- 

Aksi beberapa 'ikan duyung' seksi di bawah mungkin merupakan hak bersuara dan hak asasi yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak di negara ini.

Pada mulanya MiM tidak mahu menyentuh tindakan PETA mengadakan kempen tersebut. Kempennya ialah berhenti makan binatang dan hanya makan sayur sahaja.

PETA bermaksud People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), merupakan organisasi antarabangsa menjaga hak binatang.


Apabila MiM teliti lebih lanjut, kempen ringan PETA di tengah bandar Kuala Lumpur itu juga adalah tempat untuk merendah-rendahkan agama Islam! Ini yang MiM kecewa dan marah!

Di antara kenyataan pengurus kempen orang asing PETA itu :
The campaign manager, Claire Fryer, 32, stressed that fish feel pain as other animals do, and that it is the duty of the public to stop eating all animals and adopt a vegetarian lifestyle.
“People can look into the works of God’s teachings and what God actually asked was for us to care for animals and to respect all life. ‘Thou Shall Not Kill,’” Fryer told The Malaysian Insider today, quoting the Bible.
Any form of unnecessary use of animal cruelty, including slaughtering animals by the throat as done by Muslims, is unjustified and could be stopped through vegetarianism, she said.
Fryer added that those whose livelihood depends on the fishing industry should look for “other options to support themselves, without putting fish and animals through needless cruelty.”
"As done by Muslim is unjustified"? Inilah kenyataan pengurus kempen asing tersebut! Begitu biadap sekali orang asing tersebut!


Yang lebih mengecewakan ialah beliau membuat perbandingan agama Islam dengan quotation daripada bible seolah-olah bible melarang penganut kristian daripada memakan bintang!

Malah, jika kita rujuk peta di bawah, negara-negara bermajoritikan penganut Kristian merupakan negara-negara meat consuming utama di dalam dunia ini.


MiM sarankan kepada PETA dan ikan-ikan duyung tersebut supaya membuat kempen di negara-negara seperti yang tertera di dalam peta di atas. Seterusnya


KENAPA ANWAR RASA TERCABAR DENGAN KEMPEN IKAN DUYUNG SEKSI DI BUKIT BINTANG...?? KENAPA ANWAR RASA TERCABAR DENGAN KEMPEN IKAN DUYUNG SEKSI DI BUKIT BINTANG...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:04 AM Rating: 5

10 comments:

  1. Satu hari akan ada pulak NGO yang mewakili hak tumbuhan dan kita diseru agar tidak makan tumbuhan. nak makan apa lak eks? Kenapa nak haramkan yang terang-terang halal dan pada masa yang sama nak halalkan yang terang-terang haram....

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Biasalah Bro sebab ada manusia dalam negara kita ni yang layan PETA ni macam kita tak tahu hak asasi binatang.. Bab binatang sembelihan tu kenapa ISLAM aje yang disalahkan... Orang Yahudi pun ada yang makan binatang sembelihan orang Islam... Ini semua terjadi di Eropah... Masa tu kami duduk kat Milan Itali selama 8 tahun...

    ReplyDelete
  3. allah jadikan alam ini dgn sistem ekologinya. ada hikmahnya diciptakan maging (pemakan daging), maun & maserba.

    duyung ini satu lagi cubaan utk 'menyamarata'kan agama. apatah lagi jika duyung2 itu kelihatan begitu 'menarik'.

    faizu

    ReplyDelete
  4. Mereka tu 'ikan duyung', kita ni manusia yang beragama. Memang la makanan kita ni berbeza, takkan nak desak semua orang jadi vegetarian pulak. Kitab agama mana yang suruh penganutnya jadi vegetarian tu??? Cube berikan justifikasinya...!!!!!

    ReplyDelete
  5. Dalam dunia ni tak pernah kita diketemukan ikan duyung lagi, yang ada hanyalah dugong, tapi si 'ikan-ikan duyung' ni jangan la jadi orang yg BENGONG pulak..!!!!

    ReplyDelete
  6. Kita orang Islam kena terangkan sebab Islam menjaga hak asasi bintang lah orang Islam di suruh sembelih elok-elok. Proses bahan makanan sembelihan menurut Islam bermula dari peringkat awal lagi dari penternakan, pengangkutan, pengendalian dan sembelihan akhirnya ke meja makan. Proses sembelihan untuk di makan bukan hanya takat baca bismilah dan hiris tengkuk haiwan sahaja.

    Kalau kita pergi ladang ayam kita akan lihat bangsal ayam kalau boleh dipenuhkan sesendat-sendatnya samapi ruang nya kecil untuk pergerakan dan pernafasan. Ayam di suruh makan dan makan cepat dengan campuran makanan yang berbagai-bagai (kadang-kadang ada bahan haiwan lain untuk protin) untuk mempercepatkan tumbesaran. Kadangkadang ayam jadi sampai tidak boleh berdiri dengan baik atau terbang kerana terlalu berat. Ayam-ayam ini juga tidak mengawan, bertelur, mudah terkejut dan selalu gementar. Bukankah ini telah mengubah sifat semulajadi ayam-ayam tersebut? Islamik kah ini?

    Kemudian bab pengangkutan.
    Cuba fikir Islamik ka 4 ekor ayam di letakkankan di dalam sangkar/bakul yang kecil dan kemudian di tingkatkatkan dengan sangkar/bakul yang lain sampai naik lemas ayam tu di atas lori sesendat- sendatnya dan bawa di tengah panas untuk ke pusat sembelihan yang ada sijil halal. Ada yang mati lemas. Bukankah itu menyiksa ayam dan hukumnya tidak boleh sebegini?

    Kemudian bab sembelihan. Ya ayam disembelih dengan cara dan menurut hukum maka halal tetapi ayam-ayam ini disembelih di hadapan ayam-ayam yang lain secara berkumpulan untuk mempercepatkan proses. Bukankah Islam melarang haiwan sembelihan di sembelih di hadapan haiwan lain?


    Kemudian kita makan atas sebab halal sahaja walhal sebelum ayam itu disembelih secara halal ayam-ayam tersebut telah melalui proses-proses yang saya nyatakan tadi.

    Kesimpulanya haiwan sembelihan kita perlu layani dengan baik-baik dan lemah-lembut sesuai dengan tuntutan Islam dari mula hinggalah ke meja makan.


    Saya berpendapat jabatan agama perlu mengeluarkan SIjil Toyibbah (baik-baik)juga selain dari sijil Halal. Kerana rasanya walaupun sembelihan itu halal dari hukumnya tetapi kurang baik jika proses awalnya kurang baik seperti kes ayam yang saya nyatakan tadi.

    Jadi di samping kita menepis PETA tadi kita perlu juga memperbaiki sistem makanan kita. Janganlah kita memalukan nama Islam dengan menjilat jari makan KFC - sedap dan halal tetapi ayam yang kita makan tadi tersiksa dahulu sebelum disembelih secara halal.

    ReplyDelete
  7. Setuju..kita sama sama boikot makan ikan duyong.

    ReplyDelete
  8. yang penting;

    Allah SWT kata HALAL, jangan kita pandai2 nak haramkan!

    Allah SWT kata HARAM, jangan kita pandai2 halalkan!

    ReplyDelete
  9. I don't get this. "Tapi malangnya ikan duyung yang seksi ini telah menyuarakan pendapat mereka di tempat yang salah. " Could you please enlighten me on this? I keep on following all your posts. Hope you can regularly post more. I got very useful information here. Thanks for having this.

    microchipping dogs

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.