HOT : VIDEO MURTAD YANG DIJANJIKAN OLEH HASAN ALI KINI DIDEDAHKAN....??



Bukti Perjuangan Hasan Ali Untuk Menegakkan Isu Murtad - Teknik Rakaman Visual ini dibuat adalah permintaan remaja tersebut,atas faktor-faktor keselamatan.

Empat golongan dipercayai menjadi sasaran utama kumpulan pendakwah Kristian untuk memurtadkan orang Islam di negara ini. Hasan  Ali berkata, mereka ialah golongan miskin, anak muda, pesakit kronik dan golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.

Mereka menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus. Antara caranya ialah dengan mendekati pesakit kronik yang terlantar di hospital terutama yang diabaikan atau kurang mendapat perhatian keluarga.

Inilah sasaran utama untuk mereka dekati, mulanya dengan cara membantu namun lama-kelamaan mereka mula mempengaruhi dan memesongkan akidah individu terbabit. Gerakan itu juga menjalankan aktiviti mengedar risalah secara terbuka di pusat beli-belah dan juga kawasan perumahan.

Mereka mempunyai kepakaran dan strategi serta taktik yang terancang untuk mempengaruhi golongan seperti ini. Apa yang kita diberitahu, gerakan Kristian aliran Evangelist yang paling aktif dalam kegiatan ini malah mereka dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini.

Untuk menangani masalah ini, Hasan Ali telah menubuhkan sebuah unit yang dinamakan Unit Selamatkan Akidah (USA) dan seramai 25 individu telah mendapatkan bantuan daripada unit ini.Walaupun Hampir sebulan unit ini ditubuhkan, unit ini telah berjaya membantu individu yang pernah dan sedang mendapat bantuan daripada pertubuhan Kristian. 

**Lagi PAS mau kata perkara ini tak serius dan menyalahkan UMNO membesarkan cerita ini...PAS harus sedar bahawa DAP yang mula mempolitikkan isu murtad ini..Kalau DAP tak masuk campur dalam isu DUMC dan salahkan Hasan Ali dan Jais kerana menyerbu DUMC kerana nak menyelamatkan akidah orang Islam..perkara ini masih lagi dibawah radar la..

Lambat ke cepat ke itu bukan persoalannya tetapi salahkah UMNO mempertahankan orang Islam daripda terus dimurtadkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...Bukan macam PAS..dalam ceramahnya...dah bertahun tahu PAS perjuangkan isu murtad..bunyinya kalah guruh di langit..tapi apa langkah yang PAS ambil untuk mencegah perkara ini daripada berleluasa selain daripada berceramah di pentas politik menyalahkan UMNO...
HOT : VIDEO MURTAD YANG DIJANJIKAN OLEH HASAN ALI KINI DIDEDAHKAN....?? HOT : VIDEO MURTAD YANG DIJANJIKAN OLEH HASAN ALI KINI DIDEDAHKAN....?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:50 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.