HOT : TERIMA KASIH NURUL IZZAH KERANA AKUI BRIM BENAR-BENAR MEMBANTU RAKYAT....


Kenyataan ini telah membuktikan puak-puak pakatan haram sebenarnya semakin risau dan takut dengan kehebatan Najib..Mereka mendakwa populariti Najib meningkat disebabkan pemberian BR1M..bagi sesetengah orang mungkin ye dan bagi yang lain mungkin tidak...

Tetapi apa yang peliknya kenapa mereka risau sangat Najib menangguhkan pilihanraya..sepatutnya mereka gembira pilihanraya ditangguh kerana mereka mempunyai lebih banyak masa untuk menfitnah dan memburukkan kerajaan atau...mereka sudah kekeringan isu untuk dibawa..buktinya..dalam ceramah mereka asyik ulang-ulang isu lama..sampai rakyat pun dah meluat nak pergi dengar ceramah mereka...ada yang sampai kena halau la...

Tapi bagi EP, apa yang ditakutkan oleh pembangkang ialah kelebihan Najib dalam menunaikan segala janjinya kepada rakyat..Transformasi yang dibawa oleh Najib ternyata berkesan dan menguntungkan rakyat..Slogan "Rakyat didahulukan" yang dulunya dianggap retorik oleh puak-puak pembangkang kini menjadi mimpi ngeri bagi mereka.

KR1M, BR1M, dan banyak lagi membukti kerajaan BN dibawah pimpinan Najib prihatin terhadap masalah rakyat..Penat puak-puak pembangkang nak spin isu untuk memburukkan usaha murni kerajaan dan akhirnya ternyata usaha mereka hanya sia-sia..Apa yang mereka risaukan ialah..apa pula lepas ni Najib nak bagi pada rakyat..mungkin sebab itu mereka mahu pilihanraya dipercepatkan..

Atau mereka sedar pakatan haram sekarang ni dalam keadaan retak menanti runtuh...ditambah pula dengan isu penyelewengan kuasa, rasuah, masalah moral yang tidak henti-henti melanda mereka..EP rasa mereka pun tak pasti berapa lama dapat bertahan..

**Dengar-dengar cerita Guan Eng dah mula tabur janji-janji manis pada rakyat Pulau Pinang..kononnya nak hapuskan tol Jambatan Pulau Pinang..Dah terdesak sangat ke sampai sanggup buat janji macam tu..Takut Pulau Pinang dirampas kembali oleh BN..hehehehe...Tol Sungai Nyiur pun tak selesai lagi..dah tambah satu tol lagi..janji jangan tak janji...

Tengok apa yang puak-puak pakatan haram ni merepek..Apa mesej yang cuba nak disampaikan oleh mereka..sekal baca macam mereka puji Najib je...hahahahaha...
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata mereka menerima dengan hati terbuka peningkatan populariti Datuk Seri Najib Razak, namun perkara itu jelas mereka bukanlah bermakna sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Menurut mereka, peningkatan populariti Perdana Menteri itu, yang mana telah memberikan kesan mendalam terhadap sokongan daripada kumpulan berpendapatan rendah terhadap pentadbiran beliau ekoran pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 baru-baru ini.

Namun demikian, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, populariti tersebut akan menurun sekiranya penerima skim berkenaan habis membelanjakan setiap ringgit mereka dan perdana menteri memilih untuk menangguh-nangguhkan Pilihan Raya Umum ke-13.

“Selagi masa berjalan, impak positif daripada RM500 itu akan hilang, lebih-lebih lagi apabila beliau melambat-lambatkan tarikh pilihan raya,” katanya yang dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad turut menyokong kenyataan Tony Pua, dan menyatakan “Najib telah menangguhkan pilihan raya terlalu lama”.

“Mereka yang menerima RM500 akan menggunakan duit tersebut, dan mereka yang tidak menerimanya akan merungut,” jelasnya.

“Bila tiba masa Najib mengumumkan pilihan raya, kami akan menjelaskan rakyat telah diberikan duit yang dipinjam. Sekarang ini pun negara sedang berada dalam keadaan defisit,”tambahnya.


“Melihat kepada perbelanjaan berlebihan Perdana Menteri melalui BR1M dan pemberian lain, peningkatan populariti beliau bukanlah sesuatu yang mengejutkan,” menurut pemerhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Melalui BR1M, setiap isi rumah berpendapatan d bawah RM3,000 akan diberikan pemberian wang tunai berjumlah RM300, dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kenaikan harga barang.

Program berkenaan dilihat memberikan impak yang besar kepada keyakinan pengundi terhadap najib, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Menurut kajian yang dibuat Merdeka Survey Jumaat lalu, populariti Perdana Menteri melonjak sehingga 10 peratus kepada 69 peratus.
HOT : TERIMA KASIH NURUL IZZAH KERANA AKUI BRIM BENAR-BENAR MEMBANTU RAKYAT.... HOT : TERIMA KASIH NURUL IZZAH KERANA AKUI BRIM BENAR-BENAR MEMBANTU RAKYAT.... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:20 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Gaji saya dibawah rm3000...tak layak dapat BRIM...saya tak merungut pun bila tak dapat approval. Mungkin bukan rezeki. Saya tetap sokong BN...saya tak mau sokong parti Ice Cream...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.