Monday, March 26, 2012


Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali hari ini mengisytihar 'perang nuklear' terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa akan mendedahkan lebih banyak aktiviti tidak bermoral membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Bagi saya misi perang nuklear sudah bermula, lebih banyak pendedahan akan saya letuskan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Pendedahan ini akan membuatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar lari tak cukup tanah," katanya pada sidang akhbar bersama Datuk S. Nallakaruppan di sini hari ini.

Ummi Hafilda berkata, beliau kini hanya menunggu masa dan saat yang sesuai untuk mendedahkan bukti-bukti yang boleh mengaitkan Anwar dengan kegiatan biseksual.

"Saya tidak mahu dedahkan sekarang kerana mahu tunggu bila pilihan raya diumumkan, dalam tempoh itu saya akan tembak habis-habisan.

"Saya, Ezam dan Anuar akan bersama-sama mendedahkan salah laku Anwar. Sebab itu hari ini kami bersama bagi menyatakan sokongan kepada Nallakaruppan," katanya.

Sebagai 'permulaan' perang, Ummi Hafilda hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti bergambar yang dapat membuktikan Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.

Beliau mendakwa, gambar yang dirakam pada 30 Jun 1997 itu menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan.

"Kita harap Anwar saman saya, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor dan Anuar Shaari supaya lebih banyak pendedahan dapat dilakukan," katanya.


6 comments:

Anonymous said...

Bravo Ummi!! Srikandi wanita Melayu. Syabas juga buat Ezam dan Anuar. Semoga kalian bertiga akan buat pendedahan sebenar2nya supaya rakyat membuka mata dan telinga dan meniali sendiri siapa yang benar dan siapa yang salah! Tegakkan keadilan! Tebus penganiayaa yg Anwar dah lakukan terhadap adik Ummi terutamanya..Pesan akak bepantang udur menyerah kalah!!!! Gempur habis2an demi maruah diri, agama dan bangsa Melayu. Syabasssssssssss!

Anonymous said...

kah..kah.kahh .. umno meme jahat !!

Anonymous said...

MENEGAKKAN YANG HAK.TIDAK SALAH DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.

Hansley Arnaz Hawana said...

Nak berjuang tu bagus ... besar pahalanya. Besar fadhilatnya, tapi jangan bohong, jangan memburuk-burukkan orang, jangan jatuhkan maruah orang, jangan membuka pekung orang kelak nanti kita akan dimalukan oleh Allah di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Janganlah kita menjadi orang yang fasik.

Ingat-ingat sikit tentang amaran Allah. Sesungguhnya siksaan Allah amatlah berat.

Ummi, bila anda lakukan semua ini, semua orang tahu perempuan jenis apa ANDA sebenarnya. BERTAUBATLAH! Orang fasik itu tempatnya di neraka!

Anonymous said...

mengapalah aq menyampah sangat kat betina bernama jalang hafilda nie

Anonymous said...

kalau bagi free pun aku x nak betina ni....akupun tak pasti apa sebenarnya yg nak d perjuangkannya...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.