HOT: SAMPAI MACAM NI SEKALI PAS DIHINA DAN DICACI...MALUNYA NIK AZIZ KALAU TAK JAWAB??


Setelah pelbagai dakwaan yang melingkari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdedah termasuk terjerut leher sendiri berhubung isu Israel baru-baru ini, Ketua Umum PKR itu umpama tubuh yang terbogel.

Menariknya pula Pas seperti kain sapu tangan yang mahu menutup apa saja yang melibatkan Ketua Pembangkang berkenaan, namun ianya tidak mampu menutup apa yang telah dibogelkan itu sebaliknya bakal memakan diri Pas sendiri, kata bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

Menurut beliau semua pihak nampaknya sudah tarik “handbrake” dalam membela Anwar dan hanya Pas yang menjadi tempat pelindung kepada Anwar dalam usaha mengekalkan dirinya sebagai pemimpin yang bebas daripada sebarang kontroversi.

“Satu contoh yang mudah…Anwar seperti telah dibogelkan dan Pas itu umpama kain, namun hanyalah sekadar kain sapu tangan. Banyak mana tempat yang boleh ditutup. Tutup depan nampak belakang…tutup belakang nampak depan pula. Tutup kiri nampak kanan dan tutup kanan terdedahlah pulak sebelah kiri. Mana lagi tempat yang mahu ditutup.

“Sebab itu saya yakin, Pas akan terjerat dengan apa yang dibawa oleh mereka itu dan hanya Pas tempat Anwar bergantung dalam usaha membebaskan dirinya daripada pelbagai kemelut yang didakwa oleh pelbagai pihak,” katanya.

Anwar sebelum ini dalam Wall Street Journal (WSJ) dipetik berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Dan Hamas pula menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Anuar Shaari turut menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap mereka yang mendakwanya menulis surat kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tegasnya surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com itu telah memberikan imej yang buruk kepada beliau dan sewajarnya satu tindakan diambil dalam masa terdekat.

“Saya dengar beliau ada menafikan perkara berkenaan. Jangan sekadar nafi. Sepatutnya ambil tindakan terhadap mereka yang membuat dakwaaan tersebut. Sesiapa pun boleh nafikan. Saya pun ingin tahu kebenarannya kerana dakwaan berkenaan amat berat,“ ujarnya.

Beberapa hari yang lalu pula, dua pucuk surat yang didakwa ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com hari ini mendedahkan permohonan Anwar kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman bagi tujuan tersebut.

Menurut AIDC, surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 itu menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar dan ditujukan kepada Gershman di Washington D.C.

“AIA adalah singkatan kepada Anwar Ibrahim & Associates, sebuah syarikat milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berpangkalan di Virginia, AS.

‘‘Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia,” demikian menurut blog tersebut. -MediaUMNO
HOT: SAMPAI MACAM NI SEKALI PAS DIHINA DAN DICACI...MALUNYA NIK AZIZ KALAU TAK JAWAB?? HOT: SAMPAI MACAM NI SEKALI PAS DIHINA DAN DICACI...MALUNYA NIK AZIZ KALAU TAK JAWAB?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:00 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.