Thursday, March 1, 2012

Sejarah akan dan telah membuktikan Anwar Ibrahim adalah pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara. Gunakan akal yang Allah SWT berikan kepada kita untuk berfikir sejenak tingkah laku, tindakan dan putar belit Anwar Ibrahim terhadap politik negara kita. Masa depan anak2 kita tidak boleh dipertaruhkan, diperjudikan dan diharapkan kepada orang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ciri-ciri  munafik ada pada Anwar Ibrahim.



Ada beberapa perkara yang ingin MiM perkatakan tentang surat Tun Dr Mahathir kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 14 Mac 1997 (baca sini) dan juga kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada 8 Jun 1999 (baca sini)

1. Surat telah didedahkan secara rasminya. MiM percaya pemimpin-pemimpin parti pembangkang sedang ligat menelaah surat-surat tersebut serta mencari sebarang angle yang ada untuk mengeksploitasikan kandungan tersebut.

2. Kita juga tidak dapat lari dari memikirkan wujudnya kelak beberapa kepimpinan parti pembangkang yang khusus untuk komen atau buat sidang akhbar tentang surat ini sahaja sama seperti isu Lynas dan KR1M sebelum ini.

3. Tetapi kali ini MiM jangka mereka terdiri daripada kepimpinan PKR sahaja. DAP tidak mungkin akan masuk campur.

4. Manakala penyertaan PAS akan menjadi bahan jenaka rakyat dek sikap Nik Aziz yang 'terpulang kepada Anwar' dan Majlis Syura PAS yang kononnya tegas tetapi terkulai layu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap kenyatan 'aku sokong Israel' Anwar Ibrahim.

5. MiM nampak angle yang akan dieskploitasikan ialah persepsi 'wujudnya hubungan di antara kerajaan dengan Israel' sebelum ini dengan mengambil sebahagian sahaja daripada perenggan surat tersebut tanpa menerangkan yang selebihnya.

6. Segalanya itu semata-mata untuk menghalalkan kenyataan Anwar Ibrahim yang terang-terangan menyokong keselamatan negara Israel.

7. Tetapi MiM juga terfikir yang kepimpinan parti pembangkang mungkin tidak mahu memanjangkan lagi isu Israel ini.

8. Ianya kerana Anwar Ibrahim tidak sanggup lagi berdepan dengan pelbagai soalan tentang Israel. Lagi banyak soalan dikemukakan, Anwar Ibrahim mungkin khuatir akan tersasul atau slip of the tongue sehinggakan terpaksa 'menghadap' dan menjawab kepada counterpart Yahudi beliau.

9. Kita jangan lupa dengan kebangkitan media barat seperti Washington Times yang mengutuk keras Anwar Ibrahim dengan melabelkan beliau talam dua muka pada Jun 2010. Akhbar tersebut telah menyiarkan gambar Anwar yang hodoh.


10. Ketika itu Anwar lantang mengutuk tindakan Israel merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dan telah mengetuai demonstrasi yang disertai ribuan orang di depan Kedutaan AS di sini pada 4 Jun 2010 sebagai membantah tindakan itu.


11. Pendekatan retorik antiSemitik Anwar dalam politik Malaysia ketika itu ternyata tidak dapat diterima oleh B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan kemasyarakatan tertua Yahudi, yang kemudiannya menggesa pegawai kanan AS menghentikan hubungan dengan Anwar Ibrahim.

12. Dek kerana itu dipercayai bahawa Anwar Ibrahim terpaksa 'menghadap' beberapa orang penting di Amerika Syarikat untuk 'menjernihkan' keadaan. Dan sejak itu kita perhatikan Anwar Ibrahim tidak lagi lantang lagi tentang isu Israel. Sudah tentu Anwar tidak mahu pisang berbuah kali!

13. Tambahan pula, sejak seminggu ini, isu 'aku sokong Israel' Anwar Ibrahim sudah tenggelam sejuk tidak lagi menjadi bualan hangat rakyat dek kes khalwat Badrul Amin. seterusnya..

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.