Monday, March 12, 2012


Gara-gara hendak menunjukkan 'kehebatan dan keindahan' Ferrari berharga sekitar RM800,000, seorang doktor Jepun berhadapan dengan kontroversi apabila rakaman dia memandu laju kereta mewah itu, yang dimuatkan di YouTube, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Doktor itu kini berhadapan dengan tuduhan memandu terlalu laju di kawasan larangan.


Rakaman YouTube menunjukkan dia memandu pada kelajuan 124km/j (77mpj) di zon yang hanya membenarkan 40km/j (25mpj).


Pengguna YouTube yang marah dengan sikap doktor berusia 50 tahun, dari Okawa, ini membuat laporan polis.


Laporan media memetik dia sebagai berkata, dia hanya mahu orang ramai mengetahui keindahan sebuah Ferrari.


Klip video enam minit dengan tajuk "Ferrari 458 Italia Drive in Japan 2011" dirakamkan menggunakan kamera yang dipasang di belakang kereta.


Rakaman pada pagi 24 April 2011 
menunjukkan kereta itu meninggalkan tempat letak kereta bawah tanah dan kemudian menggunakan lebuh raya dan melalui jalan tepi pantai.

Laporan BBC menyebut seramai 84 memberi isyarat tidak menyukai klip itu berbanding hanya 19 orang menerimanya dengan baik.


Menurut laporan itu yang memetik AFP, pihak polis memulakan siasatan sebaik mendapat aduan orang ramai pada Mei lalu.


Pemandu yang telah dikenal pasti itu boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda sekitar RM3,600 jika sabit kesalahan.
 

Di Malaysia pula lain ceritanya..Ada seorang presiden parti dari pakatan pembangkang kata bukti video tak boleh pakai kerana tak lebih dari sebuah besi..


Hadi sebelum ini anggap video tidak boleh jadi bukti atau saksi kerana tiada mata dan telinga.
Malah katanya, itu tidak lebih sebuah ‘besi’ sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi sebab video ini besi, dia tiada mata dan telinga,” itu ditegaskan Abdul Hadi ketika muktamar PAS baru-baru ini.

Kenyataan itu bagi mempertahankan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan terbabit video seks dengan pelacur Cina mencetuskan macam-macam anggapan malah ada yang mempertikai ‘fakwa’ Presiden PAS itu.


Namun, jawapan  Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat petang Selasa cukup jelas bahawa video boleh dijadikan bukti.

Katanya, dalam kes menuduh orang lain berzina memang perlu empat saksi yang adil sebagai bukti. “Jika tak dapat kemukakan empat saksi, penuduh boleh beri bukti lain sama ada laporan DNA, laporan perubatan oleh doktor dan rakaman audio serta video,”.

“Sama ada bukti ini diterima atau tidak, perlulah disiasat terlebih dahulu. Dan terpulang kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti tersebut,” katanya.

24 comments:

Anonymous said...

mcm mana jikalau ada kena bunuh dan buktinya dirakam melalui cctv. Adakah bukti pembunuhan ini diambil kira tok guru hadi Awang??

Anonymous said...

rogol pula apa cer. CCTV tk blh pakai lg ke?

NDee_Tganu said...

Statement yang bodoh....

membandingkan kes memandu laju dgn kes menuduh orang berzina menunjukkan penulis ni dangkal dalam agamanya sendiri.

walhal hukum meletakkan saksi 4 orang bagi pesalah menuduh zina adalah hukum yg jelas dari firman Allah dalam surah An-Nur: ayat 4, juga dalam surah yang sama pada ayat 11 & 13...rujuk sini www.surah.my/24

sedangkan kes memandu laju tu bukannya kesalahan yang sudah termaktub hukumnya dalam Al Quran.

sesiapa yang menafikan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah...seolah mereka telah mengisytiharkan dirinya lebih bijak dari Allah sehinggakan mereka berani menolak hukum Allah tapi menerima hukum ciptaan penjajah

Anonymous said...

besi apa tu tok guru oik.. besi penjara tu sama dak mcm besi video tu.. jgn la sampai benda btoi pun tok guru guru kata besi lg.. kalau video tu sahih mmg salah la fatwa tok guru kalau kata mcm tu.. jgn sampai nak ke putrajaya yg btoi pun tok guru kata salah..

Aryan Brotherhood

NDee_Tganu said...

undang2 Islam de jenis hukuman..... Hudud, Qisas, Ta'zir & Diat.

Hudud- adalah bentuk hukuman utk 5 jenis jenayah, mencuri, merompak, berzina, Qazaf (menuduh zina) dan minum arak yang memerlukan bukti yang kuat....salah satunya 4 org saksi atau 4 kali pengakuan si pesalah bahawa dia berzina (contohnya) mewakili 4 saksi.

tapi jika buktinya tak kuat seperti bukti dari cctv atau dokumen yg mana bukti itu boleh dimanipulasi oleh pihak yg lain....kes itu akan dibicarakan dlm bentuk hukuman yg lain samada Ta'zir atau Diat

sementara kes bunuh atau mencederakan pula...akan dibicarakan dlm bentuk hukuman Qisas.

ramai dikalangan orang yg mengaku mereka itu Islam tapi agak pelik apabila mereka lebih meyakini undang2 ciptaan penjajah berbanding undang2 ciptaan Allah....

NDee_Tganu said...

jika jenayah rogolnya disaksikan secara live oleh 4 saksi maka perogol tu dikenakan hudud...namun jika bersaksikan cctv, DNA atau lain2 bukti....perogol tu masih dibicarakan dlm bentuk hukuman lain seperti Ta'zir.

Allah yang menciptakan hukuman dlm Al Quran tu....jika kalian sangsi dgn hukum firman Allah dlm Al Quran...adakah ini bermakna kalian menyangka Allah tak tahu soal jenayah rogol, bunuh dan lain-lain jenayah yg disaksikan melalui cctv, DNA dan lain-lain bentuk penyaksian kes jenayah...?

dalami dan fahami Al Quran & As-Sunnah maka kita takkan tersesat

Anonymous said...

Bukti cctv tak kukuh.. Biar betul.. Zaman dulu takde camera sbb tu dlm quran takde sebut psl boleh guna camera sbg bukti.. Pernah terpikir tak kalau keempat2 saksi tu berpakat utk mengenakan mangsa.. Menuduh berzina tapi nasib baiklah ada cctv yg menunjuKkan sebaliknya.. Mcm mana.. Nak pakai bukti yg mana? Satu bukti percakapan 4 org yg entah betul ke tidak pertuduhan tu n satu lagi rakaman cctv yg menunjukkan setiap Pergerakan mangsa tiada zina yg berlaku.. Mcm mana ek..

Anonymous said...

Sgt kesian saya dgn kamu ni.. Sikit2 ugut tentang jadi sesat.. Murtad.. Kalau ada penonton live takde kes rogol nye der.. Mati dah perogol tu kena belasah.. Atau pun 4 org tu geng si perogol tu tgh tunggu turn.. So dlm kebanyakkan kes mangsa rogol yg akan membuat aduan dirogol so mana nak cari 4 org saksi tu bro.. Kena pakai dna n sebagainya jugak kan.. So kena bicara lah jugak.. TaK jelas lagi ke bukti2 penjajah ni lebih efektif dari 4 org saksi.. Bkn nak mengatakan hukum Allah tu tak betul, tapi Allah beri kita akal utk menggunakan hukumnya dgn situasi pada masa itu..situasi sekrg akal yg dikurniakan oleh Allah kpd kita dpt mewujudkan cara pembuktian yg lebih tepat dari 4 org saksi.. Takkan murtad kot kalau tak pakai 4 saksi..

Anonymous said...

Suruh Ndee terang sat dia nak buat apa klu bini dia kena rogol cuma ada bukti video saje.....

Anonymous said...

Entah lah der.. Kesian kdg2 dgn golongan seperti kamu ni begitu ortodox.. Sempit pemikiran.. Tidak mahu menggunakan akal langsung utk menggabungkan hukum Allah dgn kemajuan teknologi sekrg.. Sesuatu camera itu takde perasaan, tidak bias, hanya merakamkan keadaan yg sebenarnya.. Mcm mana Abdul Hadi boleh bagi statement berpegang pada 4 org saksi yg adil.. Mana kita tahu 4 org tu adil? Pasti ke kita dgn imej berserban n berjubah mereka itu telus dan adil? Pada zmn teramat dulu ye, kita tiada pilihan yg lebih baik tapi sekrg ni dah lain sgt der.. Jgn lah kita ni dijadikan bahan ketawa der oi.. Kita ni kalau boleh bkn shj nak menegakkan islam tp nak mengembangkannya lg.. Buat statement mcm ni sapa nak join Islam der.. Nampak sgt kuno kita ni..

pok ngah nik ajis said...

Ndee Trgganu....kalau berbicara ugama nampaknya awak begitu petah berbicara...kalau tak ditafsir studen dah tentu pensyarah kuliah agama...

Namun sebagai manusia punya akal yg dalam tak perlu dipetah patahkan hujah penulis blog ini...memadai tuan fikir secara rasional...

Jika tuan mempunyai isteri...dan...isteri tuan melakukan zina..dirumah tuan sendiri...sewaktu itu cctv terpasang...apabila diperiksa...jelas isteri tuan berzina dengan sahabat tuan...tiada saksi lain...kecuali cctv...

soalnya adakah tuan akan mencerai atau menerima isteri tuan itu...?

Kalau tuan mencerai bermakna tuan suddah salah "takzir" kalau tuan menerima seadanya isteri tuan...memang tuan dayus dan tertinggal zaman dan teknology....yg mana satu pilihan tuan...

selamat berfikir....

Anonymous said...

kan lebih baik cerdik pandai islam tanpa mengira apa fahaman politik duduk semeja membincangkan hal-hal semasa untuk kebaikan islam kesepakatan dalam memberikan hukum bukan mengikut kelomok masing-masing

Anonymous said...

mane nyer Ndee tu??? aku nk dgr jawapannyerr ituuu..:P

NDee_Tganu said...

aku dah gtau kat atas tu...undang2 bkn hanya hudud...hudud adalah salah satu dari undang2 Islam....hudud memerlukan bukti yg kukuh..yg tiada sedikit pun kesangsian...jika dlm bukti tu ada kesangsian maka kes jenayah tu dibicarakan dalam hukum lain seperti Ta'zir atau Qisas atau Diat.

hujah org diatas tu mengatakan dulu tiada cctv maka tiada disebut ttg cctv.....sama juga org yg mengatakan Hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana Malaysia bermasyarakat majmuk...dulu tiada masyarakat majmuk di Tanah Melayu..selepas penjajahan barulah dtgnya kaum cina & india....persoalannya....adakah Allah yang bersifat Maha Mengetahui tidak mengetahui bahawasanya Malaysia bermasyarakat majmuk lalu Allah tidak memberikan pengecualian dlm perlaksanaan hukum Islam di negara yg bermasyarakat majmuk.....?

cctv, video, gambar.....dizaman yg serba canggih ni...semuanya boleh dimanipulasi oleh manusia... tapi dlm kes jenayah yg membawa kpd hudud seperti mencuri, merompak, berzina, Qazaf (tuduh zina) minum arak...perlukan pada 4 org saksi yg adil...utk mengenal pasti mereka tu adil...perlu diteliti sifatnya....perangainya...amalannya. jika salah satu dari mereka fasiq maka kesaksian mereka tak boleh diterima pakai...dan kes jenayah itu dibicarakan dlm hukum lain selain hudud

berkenaan kes Rogol pula...akan diteliti kesnya..jika kuat buktinya maka dibicarakan dlm hudud dimana si pelaku direjam atau dirotan namun jika buktinya tidak kukuh....akan dibicarakan dlm hukum Ta'zir.

NDee_Tganu said...

skrg ni aku sibuk ngan keje aku.....jam 8 mlm baru aku free so jam 8 mlm nanti aku jemput korg gi facebook aku...kita adakan perbincangan secara ilmiah...bukannya debat tapi lebih kpd perbincangan ilmiah....tanpa perlu pada maki-hamun dsb.....

aku ajak lanjutkan perbincangan dlm fb aku dgn beberapa sbb
1) aku hanya online melalui hp (operamini) jadi server aku terlalu lambat loading jika aku in sebarang blog....tapi lancar jika dalam facebook

2) berbincang soal agama dgn korang yg masing2 menggunakan nickname Anonymouse ni aku rasa tak sesuai.....tiada rasa tanggung-jawab atas statement masing2 jadi adalah lebih beradab jika kita adakan perbincangan ilmiah dgn menggunakan nickname masing-masing sekaligus mengelakkan ada unsur-unsur provokasi & memaki-hamun dlm perbincangan ilmiah seumpama ini

amacam......? stuju....?

jika kalian setuju......aku tunggu korang jam 8:00 mlm di wall aku...korg Hello je.... htttp://www.facebook.com/ndeetganu atau search nickname aku NDee Tganu

korang tak nak ADD FRIEND nick aku pon takpe sebab semua status dlm wall aku tu... aku setkan PUBLIC jadi sesiapa pun boleh lihat & komen

NDee_Tganu said...

ni direct link ke ruang perbincangan dlm wall aku www.facebook.com/story.php?story_fbid=343495812367429&id=100001884566937&refid=0&_ft_a=100001884566937&_ft_tf=343495812367429&_ft_tpi=100001884566937&_ft_ti=17&_ft_fth=af4b2ba12346ab39&_ft_time_ft=1331539360&_ft_mf_objid=343495812367429

faridayid said...

ingatkan cerdik sangat haji hadi nih...kalo nak ikut hukum hudud macam tuh,lagi terseksa la anuar ko tuh kalo betol2 die bersalah...kene potong derr....haha...kepada haji hadi,,,,,zaman skrg dh maju derr,,nape kite nak gune 4 orang saksi agi?ko kuar jalan2 pun,,ko ader bawak ke spare 4 orang lagi??yela,mane tau takut2 org nak liwat ko kn?
at least ko dah ader saksi....x gitu der??

Anonymous said...

Sokong NDee_Tganu....manusia2 kat atas tu tak memahami dan berfikiran sempit....tak tau mana hukum Allah mana hukum buatan manusia....kalu bukan Islam yg bg komen tu bleh gak terima...nie islam pada nama jerk...tak tahu tanya, jgn main lepas jerk, nmpk sgt tak hati tu dah tertutup dan dikunci rapat2 smpi sanggup permainkan hukum Allah....gi blajar dulu aper hukum Hudud, Ta'zir,Qisas dan Diat. Dah ader ramai Kamal Ataturk dikalangan kita tanpa disedari...

Anonymous said...

Salam.
Bila bicara soal hukum perlu berhati-hati. Mempersoalkan hukum Allah boleh membawa murtad. Saya setuju dengan NDee_Tganu. Soalnya bukan zaman dah moden atau tidak. Soalnya bukan senang atau susah nak cari 4 saksi. Yang jelas hukum Allah dah tetapkan. Allah maha mengetahui.Baik yang nyata atau tersembunyi. ini hakikat yang perlu saudara-saudara semua pegang. Jika Allah kata bawa 4 saksi maka bawa lah. Kalau tak boleh maka serah pada Allah. Kun fayakun.

Anonymous said...

skrg ni byk sgt org yg ngaku pandai agama...
belajo satu dua kitab, dh boleh ngaku ostat.
ostat skrg ni byk yg celup, ngaku ajer ostat tapi perbuatan tak seperti di atas kepala.

ostat skrg nie, byk permainkan hukum2 ALLAH.
Tang bab zina nak 4 org saksi... itu betoi.
tang bab persenda agama ALLAH mcm mana?
Org kristian boleh guna perkataan ALLAH.
Abis org kristian ada mengucap 2 kalimah syahadah ker?
Kalo tak mengucap, knp perlu bagi guna kalimah ALLAH pd mereka. Tak nmpk ostat2 celup marah sama puak kristian....
Byk lagi penyelewangan oleh ostat2 celup/segera.
Nk bersumpah laknak pun tak berani?
Sokong pulak org islam dimurtadkan?
haram pulak org islam pi HIMPUN?
apa punya bangang manusia yg mempunyai ilmu ALLAH.

Anonymous said...

untuk Ndee Trgganu.. aku nak suruh dia ber pikir sikit.. takda org islam dari umno mahupun pas yg tak suka hudud.. hudud adalah perintah allah..

tapi anda kena tahu.. islam ini universal dans esuai sepanjang zaman.. sejak dari nabi muhammad sampai la nih..

zaman nabi dulu.. unta .. kuda.. keldai digelar kenderaan.. skang keta bas.. motor kapal terbang pulak digelar juga sebagai kenderaan..

sama dlm kes saksi .. kemungkinan besar kalau zaman nabi dulu ada cctv dan teknologi sama seperti la nih.. kemungkinan besar nabi pun menggunakan cctv untuk diguna pakai dalam kes hudud.

bagi aku 4 saksi boleh juga digantikan dengan 4 org pakar.. cthnya pakar dna.. pakar video.. pakar audio .. pakar forensik utk mengesahkan keaslian dan ketulenan rakaman cctv..

aku bagi 1 situasi untuk Ndee yg kononnya bijak pandai dalam islam.... kau taruk cctv kat umah kau.. satu malam bini kau di rorol oleh perompak.. lekat la air mani dlm 2 3 itik kats elaur bini kau.. dan cctv elok je merakam sampai habis situasi bini aku di rogol..

ditakdirkan esok pagi perompak tuh tertangkap ketika merompak rumah org lain.. dan bini kau dipanggil polis utk buat pengecaman muka perompak /perogol tuh .

bini kau sahkan perompak dan perogol yg sama merompak dan merogol bini kau.. jadi adakah kau nak pakai bukti rakaman cctv tuh??

atau kau nak tunggu 4 saksi.. sedangkan dna dari air mani dah ada.. pakar foremsik polis dah ada dan sebagainya??

jadi bagi aku.. utk memartabatkan islam.. kita tak perlulah terlalu jumud dengan pemikiran sempit seperti puak hamPAS tuh demi kepentingan politik.. lagipun hudud sendiri hadi awang tak amu buat jika pakatn menang satu malaysia pun sejak berpakat dengn dap ni..

Tips said...

untuk Ndee Trgganu.. aku nak suruh dia ber pikir sikit.. takda org islam dari umno mahupun pas yg tak suka hudud.. hudud adalah perintah allah..

tapi anda kena tahu.. islam ini universal dans esuai sepanjang zaman.. sejak dari nabi muhammad sampai la nih..

zaman nabi dulu.. unta .. kuda.. keldai digelar kenderaan.. skang keta bas.. motor kapal terbang pulak digelar juga sebagai kenderaan..

sama dlm kes saksi .. kemungkinan besar kalau zaman nabi dulu ada cctv dan teknologi sama seperti la nih.. kemungkinan besar nabi pun menggunakan cctv untuk diguna pakai dalam kes hudud.

bagi aku 4 saksi boleh juga digantikan dengan 4 org pakar.. cthnya pakar dna.. pakar video.. pakar audio .. pakar forensik utk mengesahkan keaslian dan ketulenan rakaman cctv..

aku bagi 1 situasi untuk Ndee yg kononnya bijak pandai dalam islam.... kau taruk cctv kat umah kau.. satu malam bini kau di rogol oleh perompak.. lekat la air mani dlm 2 3 titik kat seluar bini kau.. dan cctv elok je merakam sampai habis situasi bini kau di rogol..

ditakdirkan esok pagi perompak tuh tertangkap ketika merompak rumah org lain.. dan bini kau dipanggil polis utk buat pengecaman muka perompak /perogol tuh .

bini kau sahkan perompak dan perogol yg sama merompak dan merogol bini kau.. jadi adakah kau nak pakai bukti rakaman cctv tuh??

atau kau nak tunggu 4 saksi.. sedangkan dna dari air mani dah ada.. pakar forensik polis dah ada dan sebagainya??

jadi bagi aku.. utk memartabatkan islam.. kita tak perlulah terlalu jumud dengan pemikiran sempit seperti puak hamPAS tuh demi kepentingan politik..

lagipun hudud sendiri hadi awang tak amu buat jika pakatn menang satu malaysia pun sejak berpakat dengn dap ni..

Anonymous said...

memanglah cctv tu besi, cuba kita renungkan, rakaman cctv tu boleh disahkan sama ada ianya rakaman tulen atau sudah diedit,kalau disahkan ianya tulen, carilah 4 orang ustaz untuk melihat rakaman itu sebagai saksi! Bolehkah begitu?

NDee_Tganu said...

aku ajak bincang dlm facebook aku sampai skrg takde respon.....dok hentam aku gune nick anonymous ape kelas......

ttg unta ke hape ke....tu perkara harus...perkara harus boleh diubah manakala bab hukum berkaitan fitnah ni hukum yg dah ditetapkan dlm Al Quran......akal singkat tapi memandai nak merubah hukum Allah

jom sambung dlm facebook plak kalo berani
berani kerana benar
bincang menggunakan akal bukannya emosi atau menggunakan kepala lutut

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.