Tuesday, March 13, 2012


Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' sebagai bukti menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) membiayai perbelanjaan pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, borang yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli itu, tidak boleh disamakan dengan penggunaan dana awam untuk parti.

"Mereka menggariskan perkataan 'dibilkan kepada PMO' dalam merah (dalam BEO) ... bil kepada PMO bermakna menghantar bil kepada PMO. Ia tidak bermakna PMO membayar bil-bil. Di mana Pejabat Perdana Menteri? Di PMO.

"Sebagai contoh, jika saya menandatangani perjanjian untuk membeli sebuah kereta dan mereka tanya di mana bil perlu dihantar dan saya beritahu mereka ke ke pusat perkhidmatan saya.

"Adakah ini bermakna pusat perkhidmatan saya perlu membayar? Pejabat saya di sana," kata Rahman (kanan) selepas taklimat kepada ahli-ahli parlimen dari BN di Kuala Lumpur malam tadi.

Rahman, yang sebelum ini bertengkar dengan Rafizi di laman Twitter, membidas pemimpin PKR itu yang menuntut Najib mengemukakan bukti bagi menunjukkan dirinya tidak bersalah.

"Di dunia mana ada situasi seperti ini, orang yang menuduh, tetapi tertuduh diminta memberikan bukti?" katanya.

Katanya, jika Rafizi, melalui NGO Jingga 13, sengaja mengelirukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan dokumen berkenaan, Rafizi boleh dihukum denda RM100,000 penjara 10 tahun atau kedua-dua mengikut Seksyen 27 Akta SPRM.

Sebelum ini...kenyataan yang dibuat oleh pihak hotel...

Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan  Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

** Jawab..jangan tak jawab...hahahaha..baru padan muka...lain kali buat fitnah lagi..inilah kerja sebenar pakatan haram...tiap-tiap hari buat fitnah untuk mengelirukan rakyat...EP harap pihak PMO ambil tindakan terhadap bapuk ni...biar dia kena saman atau penjara...

10 comments:

Anonymous said...

Bil telepon & bil kad krdt aku di hantar ke pejabat aku... tapi aku yg bayar bil bukan syarikat aku byr..hahaha.

KEKURA said...

kali ini harap rafizi disaman .

link kan blog sy pls. tq

Anonymous said...

Bangang punya pakar strategi pkr..

Anonymous said...

saman saja biar mampos

Anonymous said...

alamat penuh opis rafizi... sebarang komen hantar ke..

Y.B. En. Rafizi Ramli (LGBT, PBA, SSPM, BR1M)
Pengarah Strategi,
Bahagian Strategi Menipu,
Wisma Putar Alam,
Parti Keadilan Rakyat,
43300 Balakong, Selangor,
Malaysia

Anonymous said...

Saja cari isu nak jatuh kan kredibaliti PM menjelang PRU13 ni...padan muka...

Anonymous said...

apsal x hantor bil kat rumah ja... kata cerdik pandai... benda2 bleh mengelirukan jgn dibuat... yg tu pon susah.... musuh sentiasa nak cari peluang nak kenakan kita...

Anonymous said...

mereka celaka2 ini berani membuat fitnah kerana yg difitnah tak pernah cuba untuk menyaman mereka. sbb itu hari2 saja mereka si celaka2 ini membuat fitnah seolah tidak wujud Tuhan dlm dalam menilai apa yg mereka buat. Harap PM saman la anak haram ini supaya ianya menjadi teladan pd org lain.

Dia tak pernah ke soal boss dia yg cuma jd ketua pembangkang, penasihat ekonomi yg gaji cuma seringgit, bagaimana manusia ini boleh pergi luar negeri blh dikatakan setiap bulan, ntah2 tiap minggu..mana dia dpt duit sebanyak itu...klu dia betul nak tegakkan integriti dlm masyarakat msia tanya boss dia dulu, tu pun klu ada telur...

Anonymous said...

Ape nak heran dgn Pengarah Strategik bodoh dan tolol tu. Mcm org x sekolah je cakapnya.Apa nak pelik org yg bekerja gunakan alamat ofis utk berurusan.Jgnlah terlalu membodohkan org lain klu sendiri memang dah bodoh.Mamat ni sekolah ke X sekolah.Entah2 drop out masa study oversea.Bangang betul2 mcm lembu!

Anonymous said...

dah bodoh..bangang pulak..pastu mcm bagus pulak...hahaha...memang...sebakul kena..dia yang leh wat diamkan dia dr jgn berkata - kata cuma ustaz karpal je...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.