Thursday, March 1, 2012


Hahahaha...mengelabah PAS bila Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad kata jawatan Timbalan Presiden PAS boleh diganti dengan  kalangan bukan Islam..Agak pelik bila ada dikalangan pemimpin PAS kata ini pandangan peribadi Dr Dzulkefly Ahmad padahal dalam kenyataannya menyebut PAS dan bukan pandangan saya...

Pastinya ada desakan atau tangan ghaib yang menyuruh Dr Dzulkefly Ahmad mengeluarkan kenyataan seperti itu..jika tidak, mana mungkin Dr Dzulkefly Ahmad berani untuk mengeluarkan ini sekiranya dia tidak mempunyai sokongan..atau PAS saja nak test market..mana la tahu dapat sokongan...jika ada bantahan...tu yang keluar kenyataan dibawah pula..kata pandangan peribadi..

Memang benar apa kata Tun M..."Mengapa hanya timbalan, mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai presiden. Lim Kit Siang boleh jadi presiden PAS," sindir Mahathir."Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.

Kenyatan Dr Dzulkefly Ahmad.. 
PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad
  
Ini pula kenyataan Datuk Harun Taib kata kenyataan peribadi...

PAS menegaskan hanya akan melantik mereka yang beragama Islam bagi memegang jawatan tertinggi dalam parti Islam berkenaan dan cadangan pelantikan bukan Islam mengisi jawatan tertinggi parti berkenaan mustahil untuk dilakukan.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dipetik Sinar Online berkata pelantikan bukan Islam bagi mengisi jawatan tertinggi dalam parti memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar.

“Jika Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan PAS.

“PAS tidak pernah berbincang mengenainya. Ia bukan perkara mudah kerana memerlukan suara majoriti dan mereka perlu bersetuju serta menerima keputusan untuk membuka jawatan itu kepada bukan Islam,” katanya.

2 comments:

Kote Bengkok Berserban 5 kg said...

Apa yg nak diherankan PAS nak lantik kafir ke, haiwan ke, meneraju parti? Tak mengherankan langsung!

Kalau setan pun Nik Aziz boleh lantik sbg penasihat peribadi, apa salahnya dipimpin oleh kafir harbi? Small matter le tu buat PAS!

Anonymous said...

ha ha hA

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.