HOT : NASHARUDIN DAH LAMA DAH CAKAP BENDA NI PADA HADI AWANG..TAPI DIA TAKMAU DENGAR??


Pas bakal menghadapi undi protes daripada penyokong setianya sendiri jika tersalah mengambil perkiraan antara golongan ulama atau membiarkan kumpulan 'Anwarinas' yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai parti itu.

Rumusan tersebut diberikan oleh Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian memandangkan kemelut dalaman parti itu boleh membawa perpecahan yang besar.

"Pas kini berada di persimpangan, satu adalah golongan Anwarinas dan satu lagi pejuang tradisional yang terdiri daripada golongan ulama.

"Pas perlu berhati-hati supaya tidak terkeluar daripada landasan perjuangan menegakkan negara Islam semata-mata hendak memenuhi matlamat politik, sekiranya mereka menyimpang kepada Anwarinas, penyokong tradisional pastinya akan kecewa kerana itu bukan matlamat asal perjuangan parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Sivamurugan, cengkaman Anwarinas dilihat semakin kuat dalam Pas kerana percanggahan antara dua kumpulan itu begitu ketara dan kesan itu bukan setakat di peringkat tempatan malah nasional.

"Kita boleh nampak Datuk Dr. Hasan Ali (bekas Pesuruhjaya Pas Selangor) yang membela Islam, Melayu dan Raja telah dipaksa keluar manakala Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) ditekan kerana lebih mengutamakan kitab al-Quran daripada Buku Jingga.

"Kemelut yang berlaku ini pasti mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan pejuang tradisional dan mereka berkemungkinan memberi undi protes sekiranya keadaan ini berterusan," katanya.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan, Pas berada dalam kecelaruan berikutan kemasukan kumpulan Anwarinas yang mahu mengambil tampuk tertinggi parti daripada golongan ulama.

"Kecelaruan itu memang boleh dilihat oleh orang luar yang berfikiran kritikal dan rasional, tetapi bagi penyokong fanatik Pas, mereka akan tetap menyokong parti itu walau di bawah sesiapa pun," katanya. UM
HOT : NASHARUDIN DAH LAMA DAH CAKAP BENDA NI PADA HADI AWANG..TAPI DIA TAKMAU DENGAR?? HOT : NASHARUDIN DAH LAMA DAH CAKAP BENDA NI PADA HADI AWANG..TAPI DIA TAKMAU DENGAR?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:49 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.