HOT : NAK BACA LAPORAN BERITA NI PUN MALU...MANA NAK LETAK MUKA LEPAS NI

Ingat bini orang je puak-puak ni henjut...rupa-rupanya periuk nasi kenduri orang pun mereka henjut....


 
“Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.

Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.

“Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.

“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.

“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.

“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.

“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.

“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.

Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.
HOT : NAK BACA LAPORAN BERITA NI PUN MALU...MANA NAK LETAK MUKA LEPAS NI HOT : NAK BACA LAPORAN BERITA NI PUN MALU...MANA NAK LETAK MUKA LEPAS NI Reviewed by Empayar Pemuda on 12:54 AM Rating: 5

9 comments:

  1. Innalillah, x da hati perut, insyaAllah hukum Allah tu ada esok turn anak dia nak kawin, orang larikan periuk dia plak....

    ReplyDelete
  2. Aduh...Percayalah, Japanese Imperial Army pun tak pernah melarikan periuk berisi nasi untuk kenduri org ramai during WWII. So did the 3rd Reich. MEMALUKAN. Lowest grade of Mother Fxxker.

    ReplyDelete
  3. tunggu saja fatwa yg akan keluar selepas ni

    ReplyDelete
  4. harus melarikan periuk nasi orang lain kerana keadaan tersebut termasuk dalam katageri darurat' kata mahaguru mik lagis dari kelantan. jadi perkara itu sudah selesai katanya lagi. ha ha

    ReplyDelete
  5. Japanes army dalam WW11 memang takmelarikan periuk kerana tidakada periuk yang menanak nasi bro. sebab depa sudah sapu beras dan segalanya secara terangan dan paksaan, tu lagi zalim, bro ada ke masa pemerintahan jepun dulu, ni ha pakcik hang ni yang biasa kena pelempang jepun dan minum air sabun mujur jiwa masih panjang, jadi jangan nak memuji dengan mengatakan jepun tu baik orang nya. ok

    ReplyDelete
  6. Pakcu Rantau PanjangMarch 17, 2012 at 9:56 AM

    Certa lucu tapi...benar. Agak-agak kenapa Mamat tu larikan periok nasi orang kerana mau kasi makan "geng istemewa puak politik dia" yang dikira lebih utama dari menjamu menantu/tetamu tuan rumah sendiri...biarpun terpaksa sapu periok nasi orang.....formula mudah kerana dia sama satu kapal tak tahu pula tuan rumah melenting sampai buat aduan polis......ni dah masuk kes samun periok nasi...sekurang-kurang
    berapa rotan kena ??????? ....walahualam

    ReplyDelete
  7. x per dowh nanti nick ajis ampunkan dosa dia

    ReplyDelete
  8. betul...betul..nanti pok ampunkan kesalahan org yg mencuri tu..
    pe punya turrrrr...!
    puak ni la jenis manusia : biar org mati,menanggung malu, kena sumpah, asal PUAK DIA SENANG LENANG... Dia nak buktikan yg dia boleh buat pe je, dia nak org ikut telunjuk dia. Nanti dia minta maaf, dia kira dah settle???
    BOLEH TAK SAYA PERGI RUMAH DIA, SAYA MASUK TAK BAGI SALAM, AMBIK TV, LAP TOP, BRG2 RUMAH DIA G UMAH SAYA? Mencuri tu kan BERDOSA, tapi pok boleh ampunkan dosee..yyyiii haaaa!!!

    ReplyDelete
  9. puak puak ni kalau merintah negara, boleh jadi hancur! harta orang harta dia harta dia harta dia, awal-awal lagi dia dah tunjuk bakat. biar jahannam orang lain asalkan puak dia senang..boleh terlungkup kalau kasi puak ni memerintah..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.