Monday, March 26, 2012



Skandal bilion ringgit wang rakyat Bayan Mutiara yang melibatkan Lim Guan Eng DAP semakin menjadi buah mulut rakyat Pulau Pinang apabila pelan pembangunan asal Bayan Mutiara telah mewartakan tapak masjid dan sekolah di kawasan super-prime tersebut.

Pelan itu telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 30 Oktober 2006 dengan nombor rujukan JPB/PM/4490(LB)PIN.1.




Berikutan dengan pendedahan yang mengejutkan itu, pegawai Lim Guan Eng DAP bernama Zairil telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang telah memerangkap beliau dan boss beliau, Lim Guan Eng DAP!

Di antara kenyataan pegawai tersebut:


Susulan daripada transaksi penjualan tanah yang dibuat secara tender terbuka itu,pelan pembangunan baru harus dikemukakan oleh pemaju kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk kelulusan. Pelan baru ini belum disiapkan lagi.
Bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tidak ada tapak untuksurau atau sekolah?

1. Pertama sekali, rakyat berasa sangat kecewa kerana bukannya Lim Guan Eng DAP yang memberi kenyataan akhbar padahal isu yang dibangkitkan amat kritikal dan menyentuh setiap hati wargamegara beragama Islam di Pulau Pinang dan juga Malaysia.

2. Rakyat juga kecewa kerana permasalahan tapak sekolah juga amat penting kerana melibatkan masa depan anak-anak Pulau Pinang termasuk Melayu, Cina dan India.

3. Tetapi, kepentingan bersama rakyat Pulau Pinang itu seolah-olah tidak dipandang serius oleh Setiausaha Agung DAP merangkap KM Pulau Pinang.

4. Lebih memeranjatkan ialah maruah setiap umat Islam di Pulau Pinang seolah-olah diguris dan dicabar terang-terangan apabila Zairil hanya menyebut 'tapak surau' dan bukannya 'tapak Masjid' di Bayan Mutiara! Yang mana satu?

5. Sebagai orang Islam, apakah Zairil, pegawai Guan Eng DAP itu tidak faham perbezaan di antara surau dan masjid? Atau mata dan otak beliau dikaburi oleh pangkat dan ideologi DAP?

6. Malah, kenyataan Zairil yang mendakwa bahawa pelan baru untuk projek Bayan Mutiara 'belum disiapkan lagi' merupakan satu hujah yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

7. Terlalu banyak bukti yang menunjukkan proses dan perincian pembangunan di Bayan Mutiara telah dibicarakan di dalam media. Malah, kenyataan Ivory Properties turut menyatakan perjanjian pembelian dan pembangunan di kawasan tersebut.


Ivory’s announcement to Bursa
Proposed purchase and development agreement with Chief Minister of Penang (Incorporation) and the Penang Development Corporation to purchase and develop all that pieces of land measuring approximately 102.56 acres in Bayan Mutiara, Northeast District of Penang (“Land”) for a total cash consideration of RM1,072,203,264 (“Proposed PDA”);
8.Lebih-lebih lagi, projek Bayan Mutiara akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 ini. Apakah Zairil tidak mempunyai sebarang bukti tentang tapak masjid dan sekolah untuk dikongsi dengan rakyat Pulau Pinang?

9. Malah sebelum ini, tidak jelas ada kenyataan Ivory Properties yang menyentuh perihal pembangunan masjid dan sekolah di Bayan Mutiara !


10. Sebagai contoh ialah kenyataan di web Ivory Properties sendiri :


11. Sungguh mengecewakan apabila Lim Guan Eng DAP seolah-olah telah menganggugat konsep C.A.T beliau sendiri apabila tidak transparens dan tidak memperincikan jawapan yang diutarakan.

12. Dan sungguh tidak lojik apabila Lim Guan Eng DAP tidak dapat membuktikan kewujudan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kerana masterplan projek tersebut telah dibentangkan sebelum ini oleh Ivory Properties!

13. Jika Ivory Properties sudah menyiapkan pelan dan infrastuktur seperti kenyataan di dalam web mereka dan juga gambar-gambar di bawah, apakah Guan Eng DAP masih tidak tahu di mana tapak masjid dan sekolah itu?

14. Sebaliknya, anak kroni tegar Kit Siang itu seperti biasa berdolak dalih dan tidak menjawab soalan.


15. Lihat gambar-gambar di bawah. Apabila siap segalanya, apakah anda akan fikir akan wujud sebuah masjid ditengah-tengah pembangunan ultra-elit Bayan Mutiara yang dinamakan Penang World City?




Sumber : Dr MiM

1 comments:

Anonymous said...

Mmg plan tu dah siap sbnrnya. Zairil jadi balaci tukang cover atau dlm bahasa mudahnya... zairil tukang tutup taik.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.