HOT : LIM GUAN ENG TERKENCING DALAM SELUAR KERANA TAKUT...??


Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan insiden kekecohan dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant di Pulau Pinang baru-baru ini adalah disebabkan oleh UMNO bukanlah sesuatu yang menghairankan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.
“Dia sendiri yang cari hal, adakan perhimpunan dan kemudiannya apabila ada keganasan melibatkan samseng maka akan dituding pada UMNO kerana sememangnya apa pun atau di mana pun mereka maka UMNO akan dipersalahkan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Jelas beliau, tuduhan sedemikian sebagaimana yang dikatakan oleh Guan Eng bukanlah kali pertama berlaku kerana ia telah berlarutan beberapa kali dan turut digunapakai sehingga ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga.
“Kita ibaratkanlah Guan Eng ini macam budak-budak yang pergi mencuri, tapi kemudiannya apabila tertangkap dan disoal oleh ibu bapanya sendiri maka dia sanggup menuding jari pada orang lain sedangkan akhirnya dia yang terkencing dalam seluar kerana ketakutan,” katanya.
Jelas beliau, seakan sudah menjadi prinsip dan pegangan dalam DAP dan kemudiannya diperturunkan kepada para pemimpinnya yang lain juga untuk menyalahkan UMNO dalam apa saja insiden yang berlaku iaitu bukan saja di luar malah perkara sama berlaku dalam sidang DUN.
“Pengalaman saya selama tiga tahun dalam DUN dapat melihat bagaimana wakil rakyatnya dilatih untuk memulakan perbahasan dengan menyerang dan menuduh UMNO atas apa saja isu misalnya mengatakan UMNO korup, UMNO parti perkauman, UMNO kroni dan macam-macam lagi.
“Asal bercakap saja, mereka akan mulakan dengan memburukkan UMNO. Sekiranya tidak percaya dan mahukan bukti atas apa yang saya cakap, silalah buat semakan dalam hansard DUN kerana di dalamnya terkandung semua yang diperkatakan satu persatu oleh mereka.”
Tambahnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, sikap pembangkang yang akan membuat tuduhan kepada UMNO sudah menjadi budaya dan diturunkan sebagai darah daging untuk meresapi semua anggotanya.
“Inilah sebenarnya sikap pembangkang yang bersifat kebudak-budakan, tidak matang dalam membuat pertimbangan sehinggakan gagal bertindak waras tanpa melihat kepada sebab dan akibat lantas UMNO akan dipersalahkan,” tegasnya.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menuduh UMNO adalah dalang dalam kekacauan yang berlaku semasa perhimpunan anti Lynas yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera. - MediaUMNO
HOT : LIM GUAN ENG TERKENCING DALAM SELUAR KERANA TAKUT...?? HOT : LIM GUAN ENG TERKENCING DALAM SELUAR KERANA TAKUT...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:02 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.