HOT : LIM GUAN ENG AKAN BUKTIKAN ORANG MELAYU SUKANYA..BERTANDING DI KAWASAN MAJORITI MELAYU??


DAP tidak pernah tahu malu atau cuba melihat cermin tapi tidak habis-habis mendakwa mereka adalah parti berbilang kaum yang paling unggul. Kononnya merekalah yang paling adil, demokratik dan bersih.
 
Hanya mereka yang menggunakan sebelah mata saja yang akan anggguk kepada setuju dengan laungan DAP itu.  Kita lihat pemimpin tertinggi mereka dari Lim Kit Siang hingga anaknya Guan Eng dan menantunya… di mana mereka bertanding bila musim pilihanraya.

Kalau betul DAP parti berbilang kaum dan diterima rakyat kepala parti itu mesti buktikan terlebih dahulu sama ada kepala parti itu bercakap benar atau bohong semata-mata.  Di mana Kit Siang bertanding di mana pula anaknya Guan Eng bertanding?  Bukankah kedua-dua beranak ini bertanding di kawasan majoriti besar kaum sebangsa mereka.

Beranikah kedua beranak ini untuk pilihanraya umum akan datang bertanding di kawasan campuran pengundi misalnya di Hulu Selangor, Temerloh atau Labis ataupun masih menyorok di kawasan yang sememangnya lubuk mereka.

DAP juga gagal untuk memberi tempat yang sepatutnya dalam parti mereka kepada kaum lain melainkan menjadikan mereka kaum lain ini tidak lebih sekadar perhiasan semata-mata.  Lebih buruk lagi dalam parti DAP jelas di kuasa keluarga tertentu di kalangan kepala parti.  Ini seperti bangkai gajah yang sukar untuk ditutup oleh DAP.

Dakwaan DAP bahawa partinya telah disertai ramai orang Melayu seperti mahu tarik perhatian rakyat bahawa DAP perjuang hak bersama dalam rakyat. Mungkin kerana ketandusan idea, DAP terpaksa menggunakan hak rakyat sebagai modal politik mereka.

Sebenarnya pengaruh DAP terhad , tidak hairanlah mereka hanya bertanding di kawasan tertentu untuk pastikan sokongan terus diberikan kepada mereka. DAP mahu tarik orang Melayu terutamanya sebagai alat solekan dan untuk jangka panjang secara perlahan-lahan mahu menendang keluar parti pakatan mereka Pas dan PKR.

Bukankah Pas parti orang Melayu dan PKR yang majoritinya orang Melayu perlu dihormati.  Apa agendanya yang DAP ghairah mahu tarik sokongan dan mendabik dada kononnya mereka parti berbilang kaum sedangkang sejak penubuhan lagi bau politik mereka adalah bau perkauman yang amat dahsyat sekali.  Mari kita fikir-fikirkan sedalam-dalamnya sebelum masuk perangkap. -UMNO Online
HOT : LIM GUAN ENG AKAN BUKTIKAN ORANG MELAYU SUKANYA..BERTANDING DI KAWASAN MAJORITI MELAYU?? HOT : LIM GUAN ENG AKAN BUKTIKAN ORANG MELAYU SUKANYA..BERTANDING DI KAWASAN MAJORITI MELAYU?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:33 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.