HOT : KIT SIANG MENGAMUK BILA ORANG GELAR DIA " ORANG TUA TAK CUKUP AJAR"...??


Pergerakan Pemuda UMNO negeri membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengibaratkan permohonan maaf Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘cek kosong’.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan DAP memang parti yang cauvinis dan rasis.

Beliau menambah, tindakan Kit Siang itu juga tidak ubah umpama ‘orang tua tidak cukup ajar’.

“Pemuda UMNO ingin tahu sama ada DAP sedia memohon maaf kepada rakyat Pulau Pinang terhadap apa yang dibuat anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri ketika mentadbir Pulau Pinang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Najib memohon maaf bagi pihak Barisan Nasional (BN) atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008.

Perdana Menteri berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Shaik Hussein berkata, tindakan Najib itu disifatkan sebagai mulia dan terpuji bagi seseorang berjawatan tinggi dalam hierarki parti dan negara.

**Kenapa puak-puak DAP meroyan sangat bila Perdana Menteri Malaysia memohon maaf pada rakyatnya diatas kesilapan lalu..
HOT : KIT SIANG MENGAMUK BILA ORANG GELAR DIA " ORANG TUA TAK CUKUP AJAR"...?? HOT : KIT SIANG MENGAMUK BILA ORANG GELAR DIA " ORANG TUA TAK CUKUP AJAR"...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 6:16 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.