Tuesday, March 20, 2012


Seorang wanita yang dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron, hari ini menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Izatil Iwani Rashid, 28, mengemukakan notis penarikan balik tuntutan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus ketika kes itu disebut di kamar hakim berkenaan.

Bagaimanapun alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan oleh wanita yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institusi kemahiran milik kerajaan di sini.


Izatil hadir kira-kira pukul 9 pagi tanpa ditemani oleh sesiapa manakala suaminya, Fazli Pungut, 32, seorang guru tidak muncul di mahkamah.


Wanita itu sebelum ini memfailkan permohonan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama telah dijalankan pada 27 Februari lalu.


Sementara itu wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan tuntutan fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan.


“Saya terpaksa menarik balik tuntutan tersebut kerana mahkamah rendah syariah di sini tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,’’ katanya.


Badrulamin sebelum ini dalam kenyataannya memaklumkan beliau mengenali wanita tersebut kira-kira setahun lalu. Malah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Selangor itu turut mendedahkan yang wanita berkenaan sedang menghadapi masalah rumah tangga dan beliau banyak memberi nasihat kepada wanita itu sebelum ini.

** Aik..dari permohonan cerai bertukar ke tuntutan fasakh...?? Kaunseling apa yang diberikan oleh ustaz kesayangan Anwar ini selama setahun mengenali mereka??

5 comments:

Anonymous said...

fasakh?

tetiba tukar pulak? lepas dapat kaunseling dari ostad ke?

atas alasan apa nak fasakh? tak dapat nafkah? tak selamat? dianiaya?

last2 kena tangkap khlawat dgn suami orang..

hmmm..it's interesting..

ini ke contoh isteri nusyuz??

Anonymous said...

tak kire la nak tuntut cerai ka...faskh ka....ape ka..... tapi kenapa datang bilik hotel jam 3 pagi. dah tak dak masa laen ka...dah tak dak tempat laen ka sampai dtg bilik hotel pagi2 bute. jam 3 pagi ade kat dalam bilik hotel dah tentu tujuannya nam memantat. dengan puak2 bodoh pas dan pkr buleh la hang tipu...tapi dgn kami yg waras dan berakal ni, jgn la hang ingat kami ni bodoh piang sgt mcm puak2 hang.

Anonymous said...

daripada biarkan dia buat tuntutan fasakh, si suami pula buat juga kes sebagai nusyuz...biar apa pun tak dapat. Hanya spesis yang sama dengan betina ni aja yang akan sokong betina ni.

Anonymous said...

kalau minta cerai tak cium bau surga/klu minta fasakh!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

ustaz taik kucing ni...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.