HOT : KERJA SAMPINGAN ANWAR MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA..??


Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta campur tangan asing dalam sistem demokrasi di negara ini merupakan perbuatan yang boleh membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar menyifatkan Ketua Pembangkang itu telah menjadi broker kepada kuasa asing yang seterusnya boleh membawa keadaan kucar-kucir di negara ini.

“Kalau kita tengok balik sejarah, Melaka tidak akan tumbang sekiranya tiada pengkhianat yang membukakan pintu kepada Portugis.

“Sekiranya Anwar dapat memerintah pun, dia tidak lebih daripada menjadi boneka kepada kuasa-kuasa asing yang sebelum ini dia minta campur tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan dua pucuk surat yang didakwa ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada tahun 2007 bagi meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com semalam mendedahkan permohonan Anwar bagi tujuan tersebut kepada Presiden National Endowment for Democracy (NED), Carl Gershman yang juga merupakan seorang tokoh Yahudi.

Sementara itu, menurut Setiausaha Kerja Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd Arafat Muhabat, Anwar begitu terdesak untuk mendapat Putrajaya sehingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual negara ini.

“Apabila kita melihat negara yang mengalami campur tangan asing, semua kekayaan ekonomi akan diperah oleh orang luar sehingga rakyat sendiri tidak dapat merasa apa pun.

“Masyarakat perlu tahu bahawa Anwar adalah risiko besar kepada negara kerana sekarang ini pun dia sanggup memburuk-burukkan Malaysia setiap kali berada di luar negara,” katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pendedahan surat berkenaan membuktikan memang wujud hubungan di antara Anwar dengan tokoh Yahudi serta ahli neokonservatif Amerika Syarikat (AS).

“Berdasarkan surat-surat itu juga, kita sedar Anwar mempunyai hubungan dan menjalin kerjasama dengan penyangak mata wang dunia, George Soros. Situasi itu amat tidak baik kepada rakyat Malaysia.

“Pendedahan demi pendedahan yang dibuat kebelakangan ini mengenai hubungan Anwar dengan Israel serta tokoh Yahudi memberikan kita satu kesimpulan iaitu beliau merupakan ancaman kepada rakyat khususnya umat Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr. Zaheruddin Othman berkata, perbuatan itu jelas menunjukkan Anwar begitu terdesak untuk menawan Putrajaya sehingga sanggup meletakkan negara dalam risiko yang besar.

“Saya tidak faham mengapa dia menyalahkan sistem demokrasi yang ada sekarang ini sedangkan sebelum ini dia yang mendapat manfaat serta nikmat yang begitu banyak sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Sekiranya Karpal Singh atau Lim Kit Siang, mungkin saya boleh faham kerana mereka tidak pernah berada dalam kerajaan, tetapi Anwar pernah mendapat segala nikmat dan kelebihan.

“Pada pendapat saya, soal negara tidak begitu penting kepada Anwar, apa yang lebih penting adalah cita-cita politiknya untuk mendapatkan kuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan dua pucuk surat yang didakwa ditulis oleh Anwar kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 bagi meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Zaheruddin, perbuatan Anwar itu berbahaya kerana sejarah menunjukkan banyak negara yang dikuasai negara asing menerusi pemimpin boneka.

“Kalau dia fikir pendedahan ini salah, Anwar boleh menafikannya tetapi kita semua sedar Anwar memperoleh kemudahan begitu banyak daripada pihak tertentu sehingga boleh pergi ke mana-mana negara untuk menyampaikan ucapan dan mengadakan perjumpaan di sana-sini,” katanya.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sham Rahayu Abdul Aziz berkata, perbuatan Anwar memberi implikasi serius kepada reputasi kerajaan dan negara di peringkat antarabangsa dengan memberi gambaran buruk terhadap sistem demokrasi yang diamalkan selama ini – Utusan
HOT : KERJA SAMPINGAN ANWAR MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA..?? HOT : KERJA SAMPINGAN ANWAR MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA..?? Reviewed by Empayar Pemuda on 1:01 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Kalu kerja meliwat.. Mmg merbahaya bg manusia.. Hahahahha..

    ZoRRo...

    ReplyDelete
  2. Kalu kerja meliwat.. Mmg merbahaya bg manusia.. Hahahahha..

    ZoRRo...

    ReplyDelete
  3. bkn partime dah. Nilah keja fultime dia. Skrg ni lorong2 pondan dan disko2 gay di malaysia dah ditukar kepada lorong Anwar Ibrahim dan disko AnuGAY

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.