Tuesday, March 6, 2012


Jika sebelum ini Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membuat pengumuman mahu menyaman Datuk Mahfuz Omar, kini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula berbuat perkara sama, sekiranya Naib Presiden Pas itu terus memfitnah kementeriannya.

Menurutnya, Ke­men­terian Belia dan Sukan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahfuz, sekiranya dia masih mengemukakan dakwaan tiada asas.

“KBS mungkin kemukakan saman, sekiranya Pas terus asak dengan dakwaan tidak berasas. Dia cakap KBS taja Jati RM30 juta. Sebagai Ahli Parlimen, saya rasa Mahfuz faham, banyak prosedur perlu dilalui untuk dapat RM30 juta bagi menaja 2,000 siri ceramah Hasan di seluruh negara.

“Walaupun saya tidak pernah jumpa Hasan, saya dengar cerita dia masih mengasak saya, bila saya nafi, dia kata saya penipu. Mungkin dah jadi darah daging dia sebab tiada benda baru untuk asak saya. Sekiranya ini berterusan, saya akan mempertimbangkan untuk saman,” katanya.

Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Mahfuz meminta penjelasan KBS mengenai unit yang dinamakan cawangan strategi urat saraf kerana ia tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada masa sama, beliau turut membidas Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung tuduhannya kononnya surat diutus bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel membuktikan Malaysia mengiktiraf rejim Tel Aviv itu sebagai sebuah negara sah.

Beliau berkata, ketiga-tiga kandungan surat berkenaan langsung tidak menggambarkan sepertimana tuduhan itu, sebaliknya ia menyatakan pendirian Malaysia berkenaan isu kebebasan Palestin.

“Saya rasa kalau mereka baca betul-betul, tak ada pun mengiktiraf Israel cuma disebutkan, sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin tidak berbelah bahagi dan kita memberi peringatan kepada rejim Tel Aviv.

4 comments:

Anonymous said...

Dah jadi budaya PR, main serkap jarang. Mungkin juga TIDAK faham Bahasa Inggeris yang digunakan dalam surat Tun M, so tafsir ikut keperluan peribadi & rakyat terus dibohongi. Tak rasional langsung.

Anonymous said...

Memang pun. Dia orng ni semua bengong. Dok sibuk bela bontot Anwar sebab tu jadi mangkuk ayun bertingkat-tingkat.

Anonymous said...

Saman jangan tak saman si Mahfuz mulut celupar. Dulu tuduh UMNO jadi dalang kepala lembu. Kenapa tak siasat kenapa penduduk bawa kepala lembu? Pemimpin Pakatan Rakyat yang bersalah tidak mahu mendengar alasan penduduk Islam. Logikke kuil Hindu satu ekar nak dibina dekat kawasan perumahan majoriti Islam di Seksyen 23?. Melayu bawa kepala lembu PAS kata hina agama Hindu tapi bila pengunjung kuil Hindu Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk Islam waktu tengah malam tidak ada tindakan PR selepas pelbagai aduan dibuat. Kenapa pemimpin PAS membela Hindu kuil haram yang membuat provokasi kepada penduduk Islam di Seksyen 19?. Kenapa Mahfuz buat sidang media salahkan UMNO dalam isu kepala lembu?. Dr Hasan Ali pertahankan Islam Melayu dan Raja patut jadi contoh kepada pemimpin PAS yang lain.

Anonymous said...

KBS jangan teragak-agak lagi teruskan saman, DHA pon nak saman juga, lepas ni kita nak tengok Mahfuz bawa kereta sendiri, tidak lagi pakai drebar.

Warga Sebelum Merdeka

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.