Tuesday, March 20, 2012


Risau betul Anwar bila ada orang panggil dia penakut dalam isu berdebat dengan RPK..Kerana takut isu ini jadi bahan bualan rakyat, Anwar telah mengarahkan ketua stafnya untuk membuat kenyataan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dan membersihkan namanya daripada digelar penakut..

Seperti biasa, dalam setiap kes yang melibatkanya..mana pernah dia salah..Orang lain je yang salah..Kenyataan yang dibuat oleh pejabat Anwar bagi pihaknya telah mempersalahkan pihak Wikileaks melalui editorialnya Quick Roll Productions..RPK pula dituduh sibuk nak menumpang wawancaranya...

Katanya “Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Anwar ke atas mereka”. Habis tu kenapa Anwar menengaskan beliau hanya akan bersetuju jika permintaan asal dituruti tanpa RPK.. Bukan ke itu penakut namanya..takut untuk berdepan dengan RPK...
Isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim takut untuk berdebat dengan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam satu adalah tidak benar sama sekali, kata Pejabat Ketua Umum PKR hari ini.

Sehubungan itu, Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaacob berkata, pada asalnya ia hanya satu wawancara antara pengasas Wikileaks, Julian Assange dengan Anwar tetapi kemudian dimaklumkan bahawa Raja Petra mahu menumpang sekali.

Menurutnya, oleh sebab itu, Anwar menegaskan beliau hanya bersetuju dengan permintaan asal iaitu tidak melibatkan Raja Petra sekali.

“Oleh itu, Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar tanpa melibatkan penumpang lainnya.

“Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Anwar ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Anwar sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra daripada senarai peserta forum itu.

Katanya, keengganan Anwar berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday menunjukkan Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.
Menurut Dr MiM, Secara logiknya..jika Anwar 'tegas beliau hanya menyatakan persetujuan wawancara beliau dengan Julian Assange sahaja', bukankah itu namanya meletakkan pra-syarat yang sangat jelas memaksa pihak editorial Quick Roll Productions untuk mengikut kehendak Anwar Ibrahim?

Kata mudah, take it or leave it!

Dan jika benar tiada paksaan kepada Quick Roll Productions, Anwar Ibrahim sepatut berkata, 'terserah kepada editorial Quick Rool Productions' dan bukannya 'tegas beliau hanya menyatakan persetujuan...'!

Yang hairannya, kenapa pejabat Anwar Ibrahim tidak menyertakan surat jemputan asal untuk mengesahkan kebenaran bahawa hanya Anwar Ibrahim seorang sahaja yang dijemput pada awalnya? Ada tak?

Yang lebih hairannya ialah Anwar Ibrahim terpaksa bersusah payah menjawab isu 'takut berdebat dengan RPK' ! Takut juga Anwar Ibrahim!


2 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.