HOT : HASAN ALI AKAN PASTIKAN KHALID GAGAP DAN EXCO DAP TAK SENANG DUDUK DALAM SIDANG DUN SELANGOR...??


Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini tampil buat kali pertama pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai wakil Bebas.

Bekas Exco Kerajaan Negeri ini yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.


Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, beliau akan meneruskan agenda Islam, Melayu dan Raja (IMR) dalam perbahasan walaupun atas kapasiti sebagai Adun Bebas.


Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.


“Saya akan ketengahkan IMR walaupun ramai kata Hasan cauvinis tapi saya mahu ketengahkan Islam dalam konteks ‘multiracial’. Saya mahu beritahu kepada masyarakat bukan Islam tentang peranan institusi raja.


“Saya mahu sentuh tentang amalan agama, hak istimewa orang Melayu dan ia bukan hanya sentuh tentang tanah rizab Melayu tapi ia lebih global,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai pembukaan sidang DUN.


Katanya, Dun perlu membahaskan perkara berkenaan kerana hak istimewa Melayu kini diancam "kepupusan".


"Saya tiada masalah kerana saya dipecat sebagai ahli Pas dengan bermaruah, saya bukan rasuah dan bukan liwat," katanya.


Pada sidang hari ini, Hasan dipindahkan tempat duduknya dari barisan Exco di depan ke kawasan Adun Bebas, berdekatan Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.
Sinar

**EP yakin puak-puak DAP seperti Ronnie Liu dan Teressa Kok mesti terbakar dengan kehadiran Hasan Ali sebagai calon bebas...


HOT : HASAN ALI AKAN PASTIKAN KHALID GAGAP DAN EXCO DAP TAK SENANG DUDUK DALAM SIDANG DUN SELANGOR...?? HOT : HASAN ALI AKAN PASTIKAN KHALID GAGAP DAN EXCO DAP TAK SENANG DUDUK DALAM SIDANG DUN SELANGOR...?? Reviewed by Empayar Pemuda on 5:33 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.