Sunday, March 4, 2012

Jika bulan lalu bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Hasan Ali berkata video membuktikan berlakunya usaha memurtadkan umat Islam di negara ini akan didedahkan beberapa hari lagi, namun hari ini beliau berkata video berkenaan dijangka dapat disiarkan dua minggu lagi.

Beliau yang kini presiden NGO Melayu Jalur Tiga (JATI) berkata, pada masa ini terdapat beberapa "proses akhir" masih belum diselesaikan, antaranya membabitkan jaminan keselamatan kepada mangsa yang tampil membuat pengakuan.

"Siapa dapat jamin keselamatan mereka? Jika ada, tak ada masalah untuk siarkan sekarang," katanya yang bekas exco agama Selangor itu.

Pada pelancaran JATI , 21 Februari lalu, Hasan mendakwa badan itu akan mendedahkan satu bukti video berhubung usaha memurtadkan orang Islam yang ditimbulkannya sebelum ini.

Katanya, rakaman yang menunjukkan pengakuan yang dibuat oleh sepasang suami isteri itu akan didedahkan dalam beberapa hari lagi.

Dalam video tersebut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan antara lainnya menimbulkan dakwaan mengenai kegiatan gereja tertentu yang berlaku secara rahsia dan juga secara terang-terangan.


Mana boleh diam!

Malah menurut beliau, sesiapa yang berkehendakkan video itu, akan pihaknya bekalkan.

Hasan sebelum ini juga pernah mendakwa mempunyai bukti pengakuan video bahawa terdapat usaha memurtadkan orang Islam melalui pelbagai cara pelik, antaranya menggunakan Injil berkuasa solar.

Bercakap dalam sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan bagaimanapun berkata beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung semua isu berkenaan.

"Kalau buat laporan, nama pihak terbabit akan terdedah bila polis siasat. Soal akidah tak sampai ke tahap itu," katanya.

Ditanya tentang gesaan Majlis Perundingan Kristian, Hindu, Buddha dan Taoesme yang mahu beliau membuktikan dakwaannya atau berdiam diri, Hasan menjawab:

"Mana boleh diam, saya ini pendakwah!" tegasnya sambil meminta badan itu berdialog dengan golongan mufti bagi mendapatkan gambaran sebenar....



*Bagi EP perkara ini wajar didedahkan kepada umum..bukan bertujuan untuk memalukan atau mewujudkan ketegangan agama tetapi untuk mempertahankan hak orang Islam yang sudah tetulis dalam perlembagaan.

3 comments:

Anonymous said...

org islam yg masuk kristian mmg bodoh,allah dh bag otak tp tak guna,apa punya manusia,tak dpt bezakan yg mana betol n salah,

www.terbaik.my said...

Memang patut didedahkan...x sbar rasanya nk tahu lebih lanjut..

Anonymous said...

BRAVO HASSAN ALI, BERANI KERANA ALLAHUAKBARR!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.