HOT : APA HAL AYAM NI..TAKUT SEMACAM JE...



Kalau dengan Ketua Pemuda UMNO pun tak lepas nak berdebat...dimalukan lagi dalam parlimen ada la, dengan blogger pun takut macam mana nak debat dengan Perdana Menteri...hahahahahaha...


Apa kata RPK:-
How is Anwar going to debate Najib when he is too chicken to face me?” (Macam mana Anwar nak berdebat dengan Najib kalau dia sendiri pengecut nak bersemuka dengan saya?)
Mungkin itulah senario yang boleh dilihat dalam hubungan antara dua individu ini…Raja Petra Kamarudin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Portal Free Malaysia Today (FMT) melaporkan, Raja Petra telah disingkirkan daripada menyertai sebuah forum atas permintaan Anwar.

Forum tersebut dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Kent, United Kingdom.

Perbincangan itu pada asalnya melibatkan Raja Petra, Anwar dan pengasas WikiLeaks Julian Assange.
Anwar sepatutnya mengambil bahagian dalam forum itu yang akan dibuat melalui Skype. Perbincangan itu dirakamkan untuk WikiLeaks.

Kini forum itu hanya akan menyaksikan penyertaan dari Anwar dan Assange sahaja.

” Saya menerima panggilan telefon dari WikiLeaks yang memaklumkan Anwar tidak bersetuju dengan penyertaan saya.

” Jadi forum itu nanti hanya akan melibatkan Julian dan Anwar.

“Saya setuju Anwar dimasukkan tetapi beliau yang tidak setuju untuk saya berada di situ sekali,” kata Raja Petra pada FMT hari ini.

Sehubungan itu Raja Petra membidas Anwar yang disifatkannya takut untuk berhadapan dengannya dalam perbincangan berkenaan.

“Bagaimana Anwar hendak berdebat dengan Najib apabila beliau terlalu takut untuk berhadapan dengan saya? Beliau patut cuba berdebat dengan saya dulu sebelum menghadapi Najib.

“Nampaknya Anwar tidak boleh bertoleransi dan menghormati kebebasan media serta pendapat berbeza.
“Beliau hanya akan berurusan dengan orang yang menyokongnya dan setuju dengannya.

” Jika inilah Anwar sebagai ketua pembangkang, saya takut untuk berfikir bagaimana jikalau beliau ditakdirkan menjadi Perdana Menteri,” kata Raja Petra.

Anwar dan Assange tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. (FMT)

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

Perdana Menteri berkata "nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra)."

"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

"Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar "chicken" (pengecut) setelah meminta penganjur "Forum WikiLeaks" untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.

Najib berkata, ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar, tidak sama dengan apa yang dilakukannya.

"Lambat laun rakyat akan mempersoalkan perkara ini," katanya. - Bernama .
HOT : APA HAL AYAM NI..TAKUT SEMACAM JE... HOT : APA HAL AYAM NI..TAKUT SEMACAM JE... Reviewed by Empayar Pemuda on 12:44 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.