HOT : BUKTI HADI AWANG SANGGUP DERHAKA PADA NIK AZIZ KERANA ANWAR?


APA SUDAH JADI? BUKAN KE HARI TU TOK GURU NIK AZIZ KELUARKAN KENYATAAN. MENGATAKAN KELANTAN AKAN MENGADAKAN PILIHANRAYA SERENTAK DENGAN PUSAT KERANA TAK MAHU MEMBAZIR TENAGA DAN WANG? ADAKAH HADI AWANG SENGAJA MAHU MEMALUKAN NIK AZIZ DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN INI?

PAS akan mengadakan perbincangan semula bersama rakan-rakannya mengenai kemungkinan mengadakan pilihan raya umum serentak di negeri pemimpin Pakatan Rakyat (PR) jika pusat memutuskan untuk membubarkan Parlimen awal.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika mengulas keputusan PR akan memutuskan sama ada melaksanakan PRU-13 berasingan dengan kerajaan persekutuan selepas berbincang dengan semua menteri besar negeri pimpinannya.

Beliau menegaskan, langkah mengadakan pilihan raya berasingan antara negeri dan pusat perlu mendapat persetujuan bersama.

"Perbincangan semula Pas bersama peringkat atasan PR, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan secepat mungkin berkenaan isu ini.

"Pilihan raya serentak atau tidak akan dipertimbangkan dalam pertemuan ini," katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di kawasan Hulu Langat.

Hadi berkata, sebelum ini PR berhasrat untuk mengadakan pilihan raya sendiri jika Barisan Nasional (BN) mengadakan PRU13 tahun lepas.

Jelasnya, disebabkan BN tidak mengadakan PRU13 awal, justeru Pas bersama jentera PR terpaksa berbincang semula sama ada mahu mengadakan pilihan raya serentak ataupun berasingan.

Hadi menambah, sepatutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan satu pertemuan dengan semua parti jika ingin mengadakan pilihan raya umum, bukannya secara mengejut.

"Jika ikut adab persekutuan dan parlimen, sepatutnya jika pilihan raya mahu diadakan, Perdana Menteri perlu berunding dahulu dengan semua menteri dan parti. Bukan ikut suka mahu buat saja.

"Tapi disebabkan negara kita ini sentiasa suka buat perkara yang mengejutkan tidak seperti negara demokratik lain, maka kita perlu sentiasa bersedia.
HOT : BUKTI HADI AWANG SANGGUP DERHAKA PADA NIK AZIZ KERANA ANWAR? HOT : BUKTI HADI AWANG SANGGUP DERHAKA PADA NIK AZIZ KERANA ANWAR? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:28 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.