Sunday, March 4, 2012


Pada tanggal 20- 24 Jun 2010, Anwar Ibrahim telah bergegas ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan beberapa tokoh zionis yang kemudiannya dilaporkan oleh media barat sebagai ‘Apology Tour’ atau ‘Lawatan Memohon Ampun’. Antara tokoh-tokoh zionis yang ditemui Anwar ialah:

Malcolm Hoenlein Timbalan Pengerusi Eksekutif, Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations dan juga Pengarah Eksekutif, Jewish Community Relations Council of Greater New York serta

Bret Stephens dari Wall Street Journal, seorang penulis pro-Israel yang tegar dan pernah menjadi Editor in Chief di Jerusalem Post dan kemudiannya,

Carl Gershman seorang pemimpin Yahudi yang merupakan Presiden National Endowment for Democracy (NED), iaitu sebuah organisasi di bawah CIA yang bertanggungjawab mempromosi ‘demokrasi’ ke seluruh dunia dan terlibat secara langsung dalam kemusnahan Iraq dan Afghanistan.

Beliau juga bertemu dengan Howard Berman, seorang lagi Yahudi zionis di Rayburn House Office Building. Berman adalah seorang Yahudi yang berpengaruh besar dalam Brookings Institute yang ditaja CIA iaitu sebuah organisasi pro-Israel dan terlibat dalam AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), pelobi pro-Israel di America.

Anwar juga berjumpa bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, William Cohen yang merupakan seorang Yahudi dan zionis dan terlibat langsung dalam krisis Timur Tengah.

Seterusnya, beliau menemui seorang lagi Yahudi, Daniel Mariaschin, Timbalan Presiden Eksekutif B’nai Brith International iaitu sebuah organisasi Zionis di Amerika yang sebelum itu membuat kenyataan meminta Amerika memboikot Anwar kerana menghentam Yahudi dalam isu APCO.

Kemudiannya, Anwar bertemu Dr. Jamal Barzinji dan Yakub Mirza iaitu pegawai CIA di dalam Institute of International Islamic Thought (IIIT). IIIT bertanggungjawab menyebarkan fahaman Islam liberal dan juga ekstrimis secara halus dan licik bagi memecahbelahkan umat Islam di seluruh dunia melalui pemimpin-pemimpin tajaan mereka.

Pertemuan Anwar dengan semua mereka ini adalah untuk memohon maaf kerana terlanjur menyebut “Zionis sebagai penceroboh” dalam keghairahannya berpolitik dan cuba menarik sokongan umat Melayu di Malaysia. Anwar pada ketika itu begitu ghairah menghentam Najib dalam isu APCO dan menuduh kerajaan menggunakan khidmat Yahudi dalam menentukan konsep pentadbiran negara. Walhal, APCO hanyalah sebuah syarikat perunding yang tidak terlibat langsung dengan Yahudi, jauh sekali Zionis.

Tindakan Anwar tersebut telah menyentak sahabat-sahabat dan penajanya di Amerika yang selama ini tidak jemu-jemu menghulurkan dana, bantuan serta sokongan moral yang berterusan bagi memastikan kerajaan BN tumbang.

Akibat keterlanjurannya, B’nai Brith telah menempelaknya dan beberapa akhbar barat bertindak ‘memberi amaran’ kepada Anwar serta menasihati para pemimpin zionis agar lebih berhati-hati dengan Anwar.

Menyedari kesilapannya, Anwar pantas melakukan ‘damage control’ dengan mengadakan ‘apology tour’ tersebut.

Tidak diketahui sejauh mana para Yahudi zionis itu memaafkannya tetapi yang pasti mereka tetap memberinya peluang kedua dan kerana itu, Anwar dan PKR serta Pakatan Rakyat masih mampu bernyawa sehingga kini dan masih tegar berusaha mencetuskan huru-hara melalui berbagai cara termasuk Demonstrasi Bersih, Demonstrasi Pelajar Universiti, Demonstrasi 901 dan juga Demonstrasi Lynas.

‘Huru-hara’ adalah strategi wajib bagi CIA menumbangkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka tajaan mereka.

Dan kini, Anwar telah mengguris hati keseluruhan umat Islam terutamanya di Palestin pula dengan mengiktiraf hak Israel untuk ‘dilindungi’ dalam wawancaranya dengan the Wall Street Journal. Akibatnya, seluruh pemimpin dan umat Islam tersentak dan terkejut dengan pendirian Anwar ini. Nampaknya, sekali lagi, dalam keghairahan untuk meningkatkan sokongan dan bantuan dari Yahudi zionis di Amerika, Anwar telah tersasul meremehkan penderitaan rakyat Palestin.

Maka, wajarlah Anwar membuat ‘apology tour’ berjumpa para pemimpin Palestin dan dunia Islam untuk meminta maaf atas keterlanjurannya mulutnya berpolitik.

Namun, itu tidak berlaku. Benar, Anwar ada berjumpa dengan Khalid Mashal di Qatar tetapi bukan untuk meminta maaf sepertimana yang dilakukannya kepada para pemimpin zionis. Kerana itu, hari ini Pengerusi Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzook telah menyangkal bahawa mereka bersetuju dengan pandangan Anwar dalam isu negara Israel.

Jelas, Anwar telah memutarbelitkan kata-katanya sendiri dan akhirnya terbelit dengan kata-katanya sendiri juga. Di ketika ini, Anwar perlu membuat keputusan, sokongan dari pihak manakah yang lebih penting baginya untuk menyambung nyawa politiknya? Sokongan umat Islam – yang esktrem mahupun yang sederhana, atau sokongan barat – zionis Yahudi yang mampu memberikannya dana, bantuan untuk berkuasa di Malaysia.

Anwar cukup sedar yang hayat politiknya tidak mungkin dapat disambung jika zionis Yahudi berhenti membantunya. Oleh itu, beliau lebih rela terus berdolak dalih dan membiarkan isu menyokong Israel ini berlarutan dengan harapan ia akan tenggelam dengan sendirinya.

Kerana itu, beliau tidak mungkin mengambil risiko kehilangan sokongan zionis Yahudi dengan melakukan ‘apology tour’ secara terbuka terhadap pemimpin Palestin dan dunia Islam yang lain sepertimana yang dilakukannya pada 20-24 Jun 2010 terhadap pemimpin-pemimpinzionis di Amerika. MYNEWSHUB

3 comments:

Anonymous said...

Anwar mesti tau buat.. Ops!! Silap.. Bertaubat..

zoRRo...

Anonymous said...

Tak de fakta dan bukti macam mana org nak percaya...penulis boleh mereka-reka cerita...keburukan Anwar jer yang ditontonkan, keburukan org UMNO lagi banyak, tapi sonyap jo...boleh cover2 lagi...puiiieeeehhhh...hampeh betul MELAYU ni...!!!!

Anonymous said...

Ko cito la apo2 pun tentang keburukan org tu org ni...org Melayu skang bukan nyo bodo mcm org tuo2 dulu...menyapah lagi ado la membaca citer2 org2 UMNO ni...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.